Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengeluaran karbon dari kebakaran hutan Indonesia satu "rintangan besar": Masagos

Pengeluaran karbon akibat kebakaran hutan di Indonesia menimbulkan "rintangan besar dalam usaha negara-negara global menangani perubahan iklim", kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli pada Rabu (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengeluaran karbon dari kebakaran hutan Indonesia satu "rintangan besar": Masagos

Pemandangan Orchard Road dari Ion Sky pada 18 Sep 2019.

Diterbitkan : 19 Sep 2019 07:39AM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 07:41AM

SINGAPURA: Pengeluaran karbon akibat kebakaran hutan di Indonesia menimbulkan "rintangan besar dalam usaha negara-negara global menangani perubahan iklim", kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli pada Rabu (18 Sep).

"Kebakaran hutan di Indonesia dan asap jerebu akibatnya menjejas kesihatan dan kesejahteraan para penduduk negara itu dan rantau ASEAN," katanya.

Encik Masagos menarik perhatian bahawa kebakaran hutan yang berlaku pada 2015 menghasilkan hampir satu gigatan karbon dioksida.

"Ini adalah lebih separuh daripada 1.5 gigatan yang dijimatkan daripada penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang dipertingkat secara global, pada tahun yang sama," kata menteri itu.

Beliau turut menekankan bahawa Singapura sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi membantu Indonesia mengatasi kebakaran hutan.

"Kami sudahpun berhubungan dengan Kementerian Sekitaran dan Perhutanan Indonesia. Kami menawarkan bantuan bomba kepada Indonesia dan sentiasa bersedia untuk mengerahkan bantuan jika Indonesia memerlukannya, seperti mana kali lakukan pada 2015," katanya.

MUTU UDARA DI S'PURA TERUS BERADA DI PARAS TIDAK SIHAT

Mutu udara di merata Singapura terus bertambah buruk pada Khamis (19 Sep) sedang ia kekal pada paras tidak sihat di merata negara.

Pada pukul 7.00 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara PSI bagi tempoh 24 jam adalah:

126 di utara
137 di timur
147 di selatan
132 di barat
126 di kawasan tengah

Bacaan PM2.5 bagi satu jam pula kembali di paras biasa, iaitu antara 24µg/m3 hingga 36µg/m3. 

Menurut NEA, bacaan PM2.5 satu-jam adalah "petunjuk baik bagi mutu udara semasa", dan boleh digunakan oleh mereka yang sedang memutuskan sama ada untuk melakukan kegiatan luar seperti berlari-lari anak.

Pemerintah Singapura menyatakan, ia sudahpun menyediakan "pelan tindakan yang kukuh" bagi mengurangkan dan menangani kesan jerebu terhadap orang awam.

Ini termasuk memastikan bekalan pelitup N95 yang mencukupi dan mempersiapkan hospital-hospital agar bersedia menangani sebarang peningkatan kes berkaitan jerebu.  

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan