Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengecualian yuran bayaran Surat Kuasa Berkekalan dilanjutkan sehingga 2020

Rakyat Singapura yang membuat permohonan bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) - yang membolehkan seseorang yang dilantik untuk membuat keputusan kewangan dan perubatan sekiranya anda hilang keupayaan mental - tidak perlu membuat bayaran S$75 bagi jenis permohonan paling lazim selama dua lagi tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengecualian yuran bayaran Surat Kuasa Berkekalan dilanjutkan sehingga 2020

Sebuah keluarga bersiar-siar di Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 11:43PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 02:56AM

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang membuat permohonan bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) - yang membolehkan seseorang yang dilantik untuk membuat keputusan kewangan dan perubatan sekiranya anda hilang keupayaan mental - tidak perlu membuat bayaran S$75 bagi jenis permohonan paling lazim selama dua lagi tahun.

Yuran permohonan bagi Borang 1 LPA akan dikecualikan selama dua lagi tahun sehingga akhir Ogos 2020, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) hari ini (28 Jun).

Ini bagi menggalak lebih ramai rakyat Singapura supaya melakukan perancangan awal dengan LPA untuk melindungi kepentingan dan kebajikan mereka pada masa hadapan.

"Sebuah masyarakat yang menua dengan meningkatnya jumlah pesakit demensia bermakna lebih ramai akan hilang keupayaan mental mereka," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee.

"Kami mendapati lebih ramai rakyat Singapura menyedari kepentingan melakukan perancangan awal dengan membuat permohonan LPA dalam usaha kami memastikan proses lebih mudah diakses dan dimampui."

Pengecualian bayaran bagi Borang 1 LPA pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014, dan selanjutnya dilanjutkan hingga akhir Ogos 2018.

Borang 1 LPA membolehkan para penderma memberi kuasa dengan beberapa syarat tertentu kepada penerima. Permohonan berasingan, Borang 2, membolehkan penderma memberi kuasa tertentu yang disesuaikan kepada penerima, dan seorang peguam perlu membuat draf berkaitan isu ini.

Berdasarkan rekod-rekod rasmi, 98 peratus rakyat Singapura yang membuat permohonan LPA, menggunakan Borang 1.

Selain pengecualian bayaran, usaha-usaha lain turut dijalankan supaya LPA dapat diakses dengan lebih mudah. Ini termasuk mengurangkan jumlah halaman dan penggunaan istilah-istilah perundangan dalam borang permohonan.

Setakat 31 Mac 2018, lebih 43,000 orang sudah membuat permohonan LPA kepada Pejabat Penjaga Awam (OPG).

OPG menerima purata 1,500 LPA setiap bulan tahun ini, berbanding sekitar 50 LPA setiap bulan ketika OPG baru mula beroperasi pada 2010. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan