Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengayuh basikal maut dalam kemalangan di kampus NTU

Seorang wanita berusia 49 tahun meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di Universiti Teknologi Nanyang pada Isnin (3 Mei) malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengayuh basikal maut dalam kemalangan di kampus NTU

(Gambar: Petikan dari Google Maps)

Diterbitkan : 04 May 2021 08:07AM Dikemas Kini : 04 May 2021 08:09AM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 49 tahun meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di Universiti Teknologi Nanyang pada Isnin (3 Mei) malam.

Pada kira-kira pukul 8.40 malam pada Isnin, khidmat kecemasan dimaklumkan mengenai kemalangan melibatkan sebuah bas dan basikal di Nanyang Crescent, sebelum simpang Nanyang Drive.

Penunggang basikal wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura.

Siasatan sedang dijalankan, menurut Pasukan Polis Singapura.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan