Images
  • spf award
    Encik Foo Kong Soon menerima Anugerah Kerjasama Masyarakat di Divisyen Polis Clementi daripada Penolong Pesuruhjaya (AC) Jarrod Pereira. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

Pengawal keselamatan selamatkan nyawa wanita, terima anugerah polis

SINGAPURA: Seorang pengawal keselamatan yang berjaya menghalang seorang wanita daripada membunuh diri diberikan anugerah oleh Pasukan Polis Singapura pada Selasa (14 Mei).

Encik Foo Kong Soon, seorang penyelia Certis Cisco, sedang bertugas di pusat beli-belah IMM di Jurong East pada 16 Mac semasa beliau memujuk seorang wanita supaya jangan membunuh diri dan membawanya ke tempat yang selamat.

Sebagai mengiktiraf usaha Encik Foo yang menjangkaui tuntutan tugasnya sebagai pengawal keselamatan, Encik Foo diberikan Anugerah Kerjasama Masyarakat di Divisyen Polis Clementi pada Selasa.

Tiga lagi pengawal keselamatan turut menerima Anugerah Kerjasama Masyarakat atas bantuan mereka dalam mencegah jenayah semasa menjalankan tugas.

Dua orang awam juga diberikan Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam kerana tidak membiarkan jenayah berlaku di depan mata dan membantu pihak polis mencegah kegiatan jenayah.

Talian-talian untuk mendapatkan bantuan kesihatan mental

Talian Institut Kesihatan Mental: 6389 2222

Talian Samaritans of Singapore: 1800 221 4444

Talian Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019

- CNA/ZM/zm

Top