Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengasas syarikat dagang minyak tempatan Hin Leong didakwa subahat lakukan pemalsuan

 Pengasas syarikat dagang minyak tempatan Hin Leong Trading didakwa di mahkamah pada Jumaat (14 Ogos) atas tuduhan bersubahat melakukan pemalsuan dengan tujuan menipu, kata polis satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas syarikat dagang minyak tempatan Hin Leong didakwa subahat lakukan pemalsuan

Gambar fail O K Lim. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 14 Aug 2020 09:34PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 09:39PM

SINGAPURA: Pengasas syarikat dagang minyak tempatan Hin Leong Trading didakwa di mahkamah pada Jumaat (14 Ogos) atas tuduhan bersubahat melakukan pemalsuan dengan tujuan menipu, kata polis satu kenyataan media.

Lim Oon Kuin dituduh menghasut seorang pekerja Hin Leong untuk memalsukan dokumen yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat UT Singapore Services, menurut pihak berkuasa.

“Dokumen itu menetapkan bahawa Hin Leong telah memindahkan lebih satu juta tong minyak gas ke Perbadanan China Aviation Oil (Singapura) ,” tambah polis.

“Dokumen itu didakwa digunakan untuk memperoleh pembiayaan dagangan lebih AS$56 juta (S$76.9 million) dari sebuah Institut kewangan.”

Siasatan sedang dijalankan ke atas kesalahan lain yang di dakwa dilakukan oleh Lim, kata polis lagi.

Polis pada bulan April mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Hin Leong.

Ia berikutan langkah syarikat itu memfailkan perlindungan muflis setelah pengasasnya, seorang hartawan, didapati gagal mendedahkan kerugian bernilai ratusan juta dolar yang dialami syarikat tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Lim telah mengarahkan syarikat itu supaya menyembunyikan kerugian hampir AS$800 juta (S$1.09 bilion) akibat kegiatan spekulasi dalam niaga hadapan minyak sepanjang beberapa tahun.

Afidavit yang ditandatangani Lim menunjukkan kejatuhan mendadak harga minyak sedunia akibat pandemik COVID-19 dan perang harga di kalangan negara-negara pembekal utama sebagai sebab di sebalik masalah kewangan yang dihadapi syarikat itu.

Afidavit itu juga menyatakan bahawa Lim serta merta meletak jawatan selaku pengarah syarikat milik keluarga itu namun tidak menjelaskan berapa lama kerugian dicatatkan.

Ia kini sedang bergelut untuk membayar semula hutangnya bernilai of AS$3.85 bilion (S$5.28 bilion).

Masalah yang dihadapi syarikat itu dikatakan menjejas 23 bank. HSBC dilaporkan paling terjejas dengan hutang sekitar AS$600 juta (S$823 juta), disusuli ABN Amro sebanyak AS$300 juta (S$411 juta).

Pada Mei, cabang perkapalannya Ocean Tankers, memohon diletakkan di bawah pengurusan penyelia yang dilantik mahkamah.  

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan