Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah Urusan didakwa kerana subahat dalam kesalahan berkaitan perumahan

Seorang wanita berusia 53 tahun didakwa hari ini (3 Apr) kerana bersubahat dalam kesalahan menempatkan pekerja asing di premis kediaman privet yang sesak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah Urusan didakwa kerana subahat dalam kesalahan berkaitan perumahan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 06:14PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 06:16PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 53 tahun didakwa hari ini (3 Apr) kerana bersubahat dalam kesalahan menempatkan pekerja asing di premis kediaman privet yang sesak.

Zhou Fengxing, Pengarah Urusan syarikat Sino Star, berdepan dengan 21 tuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA), menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu kenyataan bersama.

Sino Star, sebuah syarikat yang bantu mengatur urusan tempat tinggal para pekerja asing dan pelajar, juga dikenakan 21 dakwaan di bawah EFMA.

Siasatan MOM menunjukkan bahawa antara Mac hingga Julai 2015, Zhou memberi keizinan kepada syarikatnya untuk menyewakan satu unit kepada seorang majikan sebagai tempat tinggal bagi 21 pekerja asing.

Ini melebihi had jumlah penghuni yang diluluskan iaitu seramai lapan penghuni sahaja, pada masa siasatan dijalankan.

Unit tersebut, yang mempunyai pembahagi ruang yang tidak diluluskan, sesak sehingga keadaan dalam rumah itu menjadi tidak bersih dan menjejas kebajikan pekerja-pekerja asing berkenaan.

Majikan tersebut kemudian diarahkan supaya semua pekerja dipindahkan ke sebuah asrama dalam tempoh dua minggu.

Jika didapati bersalah, Zhou boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga 12 bulan bagi setiap dakwaan.

Zhou dan syarikat Sino Star juga didakwa oleh URA kerana menggunakan tiga unit kediaman privet sebagai tempat tinggal pekerja selain menyewakannya tanpa mendapatkan kelulusan URA terlebih dahulu.

Mereka juga masing-masing berdepan dengan tiga dakwaan kerana menukar kegunaan unit kediaman privet secara haram di bawah Akta Perancangan dan dua dakwaan lain kerana bersubahat dalam penukaran penggunaan unit kediaman privet secara tidak sah.

Jika didapati bersalah, Zhou dan Sino Star boleh dipenjara sehingga S$200,000 bagi setiap tuduhan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan