Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah syarikat pengeluar lantai didakwa menipu bank lebih S$5 juta

Seorang pengarah syarikat pengeluar kayu dan lantai didakwa hari ini (25 Jul) kerana menipu beberapa bank lebih S$5 juta dalam tempoh empat tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah syarikat pengeluar lantai didakwa menipu bank lebih S$5 juta

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 07:34PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 07:36PM

SINGAPURA: Seorang pengarah syarikat pengeluar kayu dan lantai didakwa hari ini (25 Jul) kerana menipu beberapa bank lebih S$5 juta dalam tempoh empat tahun.

Jason Sim Chon Ang, 52 tahun, pengarah Jason Parquet Specialist (Singapura), menghadapi 16 tuduhan menipu dan dua tuduhan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Syarikat.

Dari 2011 ke 2015, Sim didakwa menipu beberapa bank: DBS Bank, Standard Chartered Bank, Malayan Banking Berhad, Australia and New Zealand Banking Group, United Overseas Bank dan RHB Bank Berhad.

Bank-bank tersebut didakwa ditipu untuk menghantar wang berjumlah antara S$38,000 hingga S$538,000 kepada syarikat-syarikat di mana Sim bekerja. Wang itu kononnnya adalah untuk penghantaran barang-barang seperti kayu dan lantai. Namun barang-barang ini tidak dihantar.

Sim didakwa bekerja dengan Tan Ang Piaw, 63 tahun, pengarah Malaysia bagi Sit Ley Timber yang juga didakwa hari ini.

Tan menghadapi sembilan tuduhan bersubahat dengan Sim dalam tindakan menipu dan dibenarkan ikat jamin sebanyak S$50,000.

Warga Singapura Tjioe Chi Minh, 57 tahun, pengarah Tati Trading pula didakwa atas lima tuduhan bersubahat dengan Sim dalam kesalahan menipu.

Bagi kesalahan menipu dan penghantaran harta benda secara tidak jujur, ketiga-tiga lelaki itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/KN/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan