Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengangkutan awam 'sangat selamat' jika penumpang pakai pelitup, elak berbual

Meskipun terdapat kumpulan orang yang berkerumun "sementara" di stesen-stesen kereta api tertentu, pengangkutan awam "sangat selamat" jika penumpang sentiasa memakai pelitup dan elakkan daripada bercakap, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung pada Jumaat (14 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengangkutan awam 'sangat selamat' jika penumpang pakai pelitup, elak berbual

Seorang wanita memakai pelitup kelihatan menanti kereta api di sebuah stesen MRT pada 18 Mar 2020. (Gambar fail: Catherine LAI/AFP)

Diterbitkan : 14 May 2021 05:08PM Dikemas Kini : 14 May 2021 05:13PM

SINGAPURA: Meskipun terdapat kumpulan orang yang berkerumun "sementara" di stesen-stesen kereta api tertentu, pengangkutan awam "sangat selamat" jika penumpang sentiasa memakai pelitup dan elakkan daripada bercakap, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung pada Jumaat (14 Mei).

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan wartawan mengenai kemungkinan langkah-langkah dilaksanakan untuk mengurangkan penumpang dalam pengangkutan awam semasa sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19.

Encik Ong berkata: “Yakinlah bahawa pengaliran udara di dalam kereta api sebenarnya sangat baik. Tidak termasuk pintu kereta api buka dan tutup, setiap enam minit, semua udara diisi semula. "

Beliau menambah bahawa sehingga pengumuman mengenai langkah-langkah terbaru pada Jumaat, jumlah penumpang mencapai sekitar 70 peratus tahap sebelum pandemik, dengan angka merosot kepada antara 50 hingga 60 peratus bagi pengangkutan awam menuju ke kawasan pusat perniagaan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang memantau keadaan penumpang di kereta api, dan mendapati bahawa kesesakan biasanya berlaku di stesen-stesen tertentu pada waktu tertentu dan pulih setelah kereta api sampai di stesen berikutnya.

"Oleh itu, dengan pengaliran udara yang baik ... (jika penumpang) elak daripada berbual, terus pakai pelitup anda, dan LTA dan pengendali pengangkutan awam menjalankan kekerapan kereta api biasanya seperti sebelum COVID, saya rasa kita dapat memastikan pengangkutan awam sangat selamat," jamin Encik Ong.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan