Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengalaman, kemahiran diambil kira dalam meritokrasi, kata Ong Ye Kung

Selain gred, pengalaman dan kemahiran juga diambil kira dalam definisi meritokrasi, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung. Namun beliau menambah, ada perbezaan antara mutu yang dihargai para lulusan dan para majikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2019 10:34PM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 10:38PM

SINGAPURA: Selain gred, pengalaman dan kemahiran juga diambil kira dalam definisi meritokrasi, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung. Namun beliau menambah, ada perbezaan antara mutu yang dihargai para lulusan dan para majikan.

Beliau berkata demikian di forum sulung "The First Step" yang disertai para majikan, penuntut dan pihak universiti pada Rabu (30 Jan), bagi membincangkan amalan-amalan pengambilan pekerja.

Pihak universiti sudah berusaha menawarkan pembelajaran menyeluruh.

Namun menurut Encik Ong, apabila menyentuh tentang proses pengambilan pekerja, para majikan harus melihat lebih daripada gred para pemohon kerja.

Ini termasuk apa yang boleh disumbangkan seseorang itu menjangkaui pencapaian akademiknya.

Kenyataan Encik Ong itu sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk kurang memberikan tumpuan kepada gred dengan mengurangkan peperiksaan yang perlu diduduki para pelajar.

Di forum yang sama, Persekutuan Pengilangan Singapura memeterai perjanjian bagi NTU menawarkan program mentor dan memadankan pekerjaan kepada para lulusan baru. 

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan