Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerimaan sosial, kawal selia yang sesuai boleh gugat usaha bangunkan Negara Bijak

Membentuk rangka kerja kawal selia yang tepat dan mendapat penerimaan masyarakat adalah "dua cabaran besar" yang dihadapi pemerintah dalam usahanya membangunkan sebuah Negara Bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerimaan sosial, kawal selia yang sesuai boleh gugat usaha bangunkan Negara Bijak

Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Janil Puthucheary di simposium pembukaan Minggu Inovasi Negara Bijak pada 5 Jun 2018. (Gambar: Tang See Kit)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 05:05PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 05:08PM

SINGAPURA: Membentuk rangka kerja kawal selia yang tepat dan mendapat penerimaan masyarakat adalah "dua cabaran besar" yang dihadapi pemerintah dalam usahanya membangunkan sebuah Negara Bijak. Demikian menurut Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Janil Puthucheary hari ini (5 Jun).

Ia sebagai menjawab pertanyaan yang dikemukakan dalam satu perbincangan di simposium pembukaan Minggu Inovasi Negara Bijak.

Sebagai sebuah negara yang kecil dengan sumber yang terhad, Dr Puthucheary berkata Singapura tidak mampu "berlengah" dan Pemerintah melihat usaha Negara Bijak sebagai peluang terbaik untuk membawa perubahan besar pada ekonomi dan masyarakat.

Namun, masih terdapat cabaran.

Antaranya adalah menentukan rangka kawal selia yang tepat dan mencegah sebarang halangan yang mungkin wujud, atas faktor kurangnya pengalaman dan model-model kejayaan, kata beliau.

Pemerintah sejak itu mengambil pendekatan sebagai pengawal selia, selepas kejayaan Kementerian Kewangan (MAS) dalam bidang teknologi kewangan (finTech).

Kejayaan itu mendorong Pemerintah untuk mengambil pendekatan serupa dalam bidang lain, meskipun masih ada ketidakpastian mengenai model kawal selia untuk memacu inovasi, tambah beliau.

Namun, Dr Puthucheary berkata inisiatif-inisiatif Negara Bijak masih sukar untuk meyakinkan masyarakat Singapura yang berasa tergugat berkenaan pekerjaan dan isu privasi.

Tedapat juga kebimbangan tentang bagaimana sebahagian besar rakyat Singapura tidak fasih dalam bahasa Inggeris dan tidak celik digital.

Di sinilah, Pelan Pembangunan Kesediaan Digital Singapura memainkan peranan, tambah Dr Puthucheary.

Usaha-usaha juga dijalankan dengan adanya keprihatinan berkaitan teknologi dan pekerjaan-pekerjaan yang terjejas - isu yang disifatkan Dr Puthucheary sebagai "sangat membimbangkan" dan "tidak boleh dielakkan".

DATA "KEBIASAAN BARU"

Bersama dengan Dr Puthucheary, speaker-speaker lain bagi perbincangan panel termasuk Ketua Pegawai Eksekutif DBS Piyush Gupta, dan Menteri Pekerjaan dan Inovasi Australia Michaelia Cash yang membincangkan tentang kesan-kesan teknologi terhadap perubahan pada kehidupan rakyat, bandar-bandar dan ekonomi.

Pentingnya data dan meningkatnya kebimbangan adalah antara isu-isu yang turut dibincangkan.

Cik Harriet Green, Pengerusi dan CEO IBM Asia-Pasifik, berkata pengawalseliaan adalah teras utama dalam digitalisasi dan (pengurusan) data, bagi pemerintah mahupun syarikat-syarikat perusahaan.

Meskipun 80 peratus data dunia milik syarikat-syarikat dan tidak boleh diperolehi, beliau berkata : "Dengan kuasa, akan ada tanggungjawab yang berat bagi menjaga data klien-klien serta data yang diamanahkan kepada kami."

Untuk itu, Dr Puthucehary berkata, jenis perlindungan yang sesuai, seperti memastikan rakyat mempunyai hak "untuk menuntut, mencabar atau menjaga privasi mereka", dalam cara yang tidak menghambat peluang-peluang perniagaan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan