Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerbangan Singapore Airlines dari Mumbai ditangguh lebih 8 jam atas 'kebimbangan keselamatan'

Para penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) terkandas di lapangan terbang Mumbai lebih lapan jam berikutan satu ancaman bom pada malam Jumaat (7 Sep), menurut laporan media India.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan Singapore Airlines dari Mumbai ditangguh lebih 8 jam atas 'kebimbangan keselamatan'

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)

Diterbitkan : 08 Sep 2018 05:44PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 05:49PM

SINGAPURA: Para penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) terkandas di lapangan terbang Mumbai lebih lapan jam berikutan satu ancaman bom pada malam Jumaat (7 Sep), menurut laporan media India.

Menurut para pegawai, pusat panggilan Air India di Thane menerima panggilan telefon mengenai bom di dalam pesawat dan menyampaikan maklumat itu kepada pihak berkuasa.

Selepas "operasi pembersihan menyeluruh" oleh Pasukan Keselamatan Industri Pusat, ancaman bom itu akhirnya diisytiharkan sebagai palsu, akhbar harian melaporkan pada Sabtu (8 Sep), sambil menambah bahawa usaha untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas panggilan palsu itu sedang dijalankan.

Seorang jurucakap SIA mengesahkan bahawa SQ423, yang dijadualkan berlepas dari Mumbai ke Singapura pada 11.40 malam waktu tempatan pada Jumaat (2.10 pagi pada Sabtu, waktu Singapura), ditangguhkan atas "kebimbangan keselamatan".

Pesawat Airbus A380 itu akhirnya berlepas dari Mumbai pada sekitar jam 7.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu (8 Sep) dan mendarat di Singapura sebelum 4 petang.

Terdapat 328 penumpang dan 25 anak kapal di dalam pesawat itu.

Seorang penumpang, Cik Amy Lee, menulis di Facebook bahawa syarikat penerbangan tersebut memaklumkan para penumpangnya hanya dua jam selepas penerbangan itu dijadualkan berlepas, bahawa kelewatan itu disebabkan "kebimbangan keselamatan". Tiada bantuan disediakan kepada para penumpang untuk menaiki penerbangan lain atau hotel transit, menurut beliau.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan