Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerbangan SIA ke Delhi alami 'masalah sistem hidraulik' sebelum mendarat

Penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Singapura ke Delhi mengalami "masalah sistem hidraulik" sejurus sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi pada malam Rabu (8 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan SIA ke Delhi alami 'masalah sistem hidraulik' sebelum mendarat

Pesawat Airbus A380 Singapore Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 09 May 2019 12:20PM Dikemas Kini : 09 May 2019 12:23PM

SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Singapura ke Delhi mengalami "masalah sistem hidraulik" sejurus sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi pada malam Rabu (8 Mei), menurut SIA bagi menjawab pertanyaan Mediacorp.

SIA menambah penerbangan SQ406 jenis pesawat Airbus A380 itu perlu ditunda ke tempat letak pesawat setelah mendarat.

Para penumpang kemudian turun dari pesawat seperti biasa, menurut SIA.

"Kru penerbangan tidak mengisytiharkan kecemasan, dan kami ingin menekankan bahawa para penumpang dan kakitangan tidak berada dalam sebarang keadaan bahaya," tambah SIA.

Laporan media lebih awal menyatakan "kecemasan penuh" diisytiharkan di pesawat itu, dan ia melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat yang membawa 203 penumpang dan 25 anak kapal itu mendarat di Delhi pada 8.21 malam (10.51 malam waktu Singapura), menurut laman menjejak pesawat, FlightRadar24.

Pesawat yang sama juga dijadual untuk melakukan penerbangan SQ403 ke Singapura, menurut SIA. Namun, penerbangan itu tertunda dan para penumpang akan disediakan dengan penginapan dan bantuan untuk mengatur penyambungan alternatif bagi perjalanan mereka, tambah syarikat penerbangan itu.

"Singapore Airlines dengan ikhlas memohon maaf atas gangguan yang disebabkan," menurut SIA.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan