Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerbangan S'pura-HK tertangguh: Para penumpang boleh tukar tarikh atau wang dikembalikan

Singapore Airlines menyatakan bahawa para pelanggan yang sudah menempah tiket pesawatnya di bawah Perjalanan Udara Aturan Khas atau "Air Travel Bubble" (ATB) dari Singapura ke Hong Kong boleh mengubah tarikh penerbangan mereka atau membatalkan tempahan dan mendapatkan semula bayaran sepenuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2020 07:48PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 01:13AM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) menyatakan bahawa para pelanggan yang sudah menempah tiket pesawatnya di bawah Perjalanan Udara Aturan Khas atau "Air Travel Bubble" (ATB) dari Singapura ke Hong Kong boleh mengubah tarikh penerbangan mereka. Atau mereka boleh membatalkan tempahan dan mendapatkan semula bayaran sepenuhnya.

Ini setelah Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung pada petang Sabtu (21 Nov) mengumumkan bahawa aturan perjalanan itu akan ditunda selama dua minggu menyusuli lonjakan kes-kes COVID-19 di Hong Kong.

SIA sedang menghubungi para pelanggan yang sudah membeli tiket mengenai perubahan tersebut.

Tiket-tiket untuk penerbangan-penerbangan pertama di bawah perjalanan udara aturan khas itu habis dijual dalam masa hanya beberapa jam selepas pengumuman ATB dibuat.

Bahkan pada satu peringkat harga tiketnya mencecah sehingga S$1,100.

Ditemui di luar satu acara media, Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong berkata keselamatan dan kesihatan para pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan syarikat itu.

Oleh yang demikian, SIA akan mengikuti segala panduan yang diberikan pihak berkuasa dan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat.

SIA, katanya, akan membantu sedaya upaya sekiranya ada pelanggan yang terjejas.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan