Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerbangan langsung antara S'pura, Poland mulai Mei tahun depan

Syarikat penerbangan LOT Polish Airlines, buat pertama kalinya, menyediakan khidmat penerbangan langsung antara Singapura dengan Poland, pada bulan Mei tahun depan, dari lapangan terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan langsung antara S'pura, Poland mulai Mei tahun depan

Kapal terbang LOT Polish Airline. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2017 12:01PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 12:05PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan LOT Polish Airlines, buat pertama kalinya, menyediakan khidmat penerbangan langsung antara Singapura dengan Poland, pada bulan Mei tahun depan, dari lapangan terbang Changi.

Menurut Changi Airport Group (CAG) hari ini (17 Nov) penerbangan pertamanya berlepas dari Warsaw pada 15 Mei manakala penerbangan pertama dari Singapura ke Warsaw dijadualkan keesokan harinya pada 16 Mei, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa penerbangan.

Khidmat penerbangan itu akan menggunakan pesawat B787-8 yang boleh menampung 252 tempat duduk dalam tiga kelas iaitu ekonomi, ekonomi premium dan bisnes.

LOT Polish Airlines akan menyediakan tiga penerbangan seminggu, yang akan ditambah kepada empat kali seminggu mulai Julai tahun depan, menurut CAG.

Para penumpang yang berlepas dari Singapura juga berpeluang mendapatkan akses penerbangan sambungan ke bandar-bandar Poland yang lain dan juga kawasan tengah dan timur Eropah menerusi rangkaian LOT dari Lapangan Terbang Warsaw Chopin.

LOT juga menghubungkan penumpang ke 47 bandar perhubungan di Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik dari Lapangan Terbang Changi, menurut CAG lagi.

Berdasarkan pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Changi, lebih 3.6 juta orang menaiki penerbangan antara Singapura dengan Eropah pada 10 bulan pertama tahun ini iaitu peningkatan 7.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sejak 2016, tiga bandar baru di Eropah - Athens, Dusseldorf dan Stockholm - disediakan kepada pelancong di rangkaian Lapangan Terbang Changi.

Menjelang pertengahan 2018 pula, 12 syarikat penerbangan akan memulakan penerbangan langsung dari Singapura ke 18 bandar di 14 negara Eropah, menurut CAG. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan