Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk S'pura kini 5.61 juta, jumlah penduduk bukan rakyat semakin rendah

Penduduk Singapura kini seramai 5.61 juta orang pada Jun tahun ini - tidak banyak berubah berbanding bilangan 5.6 juta yang dicatat tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2017 06:04PM Dikemas Kini : 27 Sep 2017 11:59PM

SINGAPURA: Penduduk Singapura kini seramai 5.61 juta orang pada Jun tahun ini - tidak banyak berubah berbanding bilangan 5.6 juta yang dicatat tahun lalu.

Bilangan tersebut stabil kerana penduduk bukan warga Singapura juga menyaksikan kemerosotan sebanyak 1.6 peratus kepada 1.65 juta orang.

Jumlah penduduk Melayu meningkat sedikit kepada sekitar 530,000 orang, mewakili sebanyak 13.4% daripada penduduk Singapura.  

Demikian menurut perangkaan terbaru yang diterbitkan oleh Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) dalam laporan tahunannya mengenai penduduk Singapura.

Penduduk bukan rakyat Singapura termasuk anggota keluarga, pelajar antarabangsa dan mereka yang ke sini untuk bekerja. Kemerosotan jumlah tersebut berlaku kerana kurangnya pemegang permit pekerjaan bagi sektor binaan serta sektor kejuruteraan marin dan kejuruteraan lepas pantai.

Ini juga mencerminkan kelemahan sektor-sektor tersebut, menurut NPTD.

Dengan kemerosotan penduduk bukan rakyat Singapura itu, keseluruhan penduduk Singapura hampir mendatar atau berkembang 0.1 peratus sahaja tahun lalu. Ini berbanding pertambahan 1.3 peratus pada tahun sebelumnya, dedah laporan tersebut.

BILANGAN RAKYAT MENINGKAT, BILANGAN PR MENINGKAT SEDIKIT SAHAJA

Statistik mendedahkan bahawa jumlah warga Singapura terus meningkat sebanyak 0.9 peratus kepada 3.44 juta, menerusi kelahiran bayi rakyat Singapura dan imigrasi.

Ditambah dengan sedikit kenaikan pada jumlah penduduk tetap (PR) dari 520,000 kepada 530,000, jumlah penduduk Singapura berada di paras 3.97 juta sehingga bulan Jun tahun ini.

Singapura memberikan sekitar 15,000 dan 25,000 kerakyatan baru setiap tahun kepada "individu yang komited menjadikan Singpura tempat tinggal mereka", menurut NPTD dalam laporan tersebut.

"Imigrasi bantu untuk menyederhanakan saiz jumlah penduduk yang semakin mengecil dan rentak penuaan warganya (yang semakin meningkat)," tambahnya.

22,100 WARGA BARU - TERTINGGI DALAM 10 TAHUN

Terdapat sekitar 22,100 rakyat baru tahun lalu, jumlah tertinggi dalam masa 10 tahun. Sebilangan besar (62 peratus) dari mereka dari negara-negara Asia Tenggara, dengan 32.2 peratus dari negara-negara Asia yang lain dan 5.8 peratus dari negara-negara luar Asia.

Sekitar 1,500 atau 7 peratus daripada warga baru itu diberikan kepada kanak-kanak rakyat Singapura yang lahir di luar negara, dedah laporan NPTD.

Daripada PR yang baru, 62 peratus terdiri dari negara-negara Asia Tenggara, 29.6 peratus dari negara-negara Asia yang lain dan 8.4 peratus dari negara-negara luar Asia.

Jumlah permohonan PR yang diluluskan juga sedikit lebih tinggi tahun lalu iaitu sebanyak 31,050, berbanding 29,995 pada 2015.

Laporan itu juga menekankan bahawa jumlah penduduk warga emas meningkat dengan lebih cepat berbanding 10 tahun yang lalu.

Antara 2016 dan 2017, rakyat yang berusia 65 tahun ke atas naik dari 13.7 peratus kepada 14.4 peratus.

Jangka hayat juga semakin meningkat manakala kadar kelahiran kekal rendah, tambah laporan itu.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan