Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk S'pura bawah 45 tahun boleh buat janji temu vaksinasi COVID-19 Jun ini

Penduduk Singapura yang berusia bawah 45 tahun boleh membuat janji temu untuk vaksinasi COVID-19, pada bulan Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2021 06:52PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 12:06AM

SINGAPURA: Penduduk Singapura yang berusia bawah 45 tahun boleh membuat janji temu untuk vaksinasi COVID-19, pada bulan Jun ini.

Ini sekiranya jadual waktu sekarang berterusan seperti yang dirancangkan.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary mengumumkan demikian di parlimen semasa memberikan perkembangan terkini mengenai program vaksinasi negara sejauh ini.

Lebih sejuta individu di Singapura sudahpun menerima dos pertama vaksin COVID-19 sejauh ini.

Hampir 470,000 lagi sudahpun menerima suntikan dos kedua.

Bagi golongan warga senja yang sudah menerima vaksin koronavirus itu, atau sudahpun membuat janji temu, 60 peratus berusia 70 tahun ke atas.

Dan hampir 70 peratus daripada mereka yang berusia 60 hingga 69 tahun, sudahpun membuat janji temu vaksinasi.

Sementara itu bagi golongan usia 45 hingga 59 tahun, hampir separuh sudahpun mendaftar.

Dr Janil bagaimanapun mengingatkan bekalan vaksin negara kekal terhad mengikut keupayaan syarikat pengeluar vaksin mengirimkannya, di tengah-tengah permintaan sejagat yang tinggi.

Ini tambah beliau, menyebabkan jumlah janji temu yang terhad sejak kebelakangan ini.

Namun Dr Janil mengatakan apabila lebih banyak bekalan vaksin dihantar kelak, lebih banyak janji temu akan dibuka.

Dr Janil turut mengesahkan perubahan pada garis panduan vaksinasi.

Ini termasuk kelayakan bagi mereka yang mengalami alahan, selagi ia tidak menyebabkan anafilaksis.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan