Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Punggol, Bukit Panjang antara yang pertama cuba sistem lokar baru bagi pembelian online

Para penduduk di Punggol dan Bukit Panjang ialah antara penduduk pertama di Singapura yang dapat mencuba sebuah sistem lokar baru yang mempermudahkan mereka untuk memungut bungkusan-bungkusan dan barang-barang pembelian online.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 03:28PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:28PM

SINGAPURA: Para penduduk di Punggol dan Bukit Panjang ialah antara penduduk pertama di Singapura yang dapat mencuba sebuah sistem lokar baru yang mempermudahkan mereka untuk memungut bungkusan-bungkusan dan barang-barang pembelian online.

Projek perintis bagi inisiatif lokar tersebut diumumkan pada Jumaat (7 Dis) oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), yang menambah bahawa 78,000 keluarga di dua bandar itu akan meraih manfaat daripada tempat-tempat pemungutan yang beroperasi 24 jam.

Inisiatif itu pertama kali didedahkan pada Mei tahun ini.

Projek perintis tersebut, dinamakan Locker Alliance, menyatukan pelbagai pemain industri seperti pengendali lokar, penawar khidmat logistik dan kedai penjualan online di bawah satu platform, menurut kenyataan itu.

Platform itu dibangunkan oleh Parcel Perform dan membenarkan rangkaian pengendali lokar yang berbeza untuk beroperasi secara bersama.

Sebagai sebahagian daripada projek perintis itu, lokar-lokar dipasang di lebih 60 kawasan di dua bandar yang dijangka akan beroperasi selama setahun. Lokar-lokar tersebut terletak dalam jarak 250 meter dari semua blok HDB dan boleh diakses pada bila-bila masa, supaya para pelanggan dapat memungut bungkusan mereka.

Mereka juga boleh memulangkan barangan yang dibeli menggunakan lokar-lokar itu, menurut IMDA.

"Semua orang yang membeli atau menjual sesuatu secara online akan memahami isu khidmat penyampaian jarak terakhir, menurut CEO IMDA Tan Kiat How.

Menurut Encik Tan, apabila ia dilaksanakan di serata Singapura, para penyedia khidmat logistik boleh menjangkakan jarak perjalanan pemandu dikurangkan sebanyak 50 peratus, sekali gus meningkatkan kecekapan khidmat penghantaran kepada lima kali ganda.
Agensi tersebut akan menilai kemungkinan menambah lebih banyak tempat di Singapura menyusuli pelancaran projek perintis ini.

Buat masa ini, HDB sudah bekerjasama dengan laman e-dagang Lazada untuk memanfaatkan infrastruktur ini. Secara berasingan ia mengumumkan pada Jumaat (7 Dis) bahawa beberapa peruncit dari Oasis Terraces di Punggol melakukan penjualan online dan para pelanggan boleh memungut barangan yang dibeli di sebuah kawasan lokar khas di pusat kejiranan itu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan