Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk, pekerja kecewa dengan pelan pemerolehan tanah bagi Laluan Daerah Jurong

Sebuah tempat letak kenderaan bertingkat HDB di Choa Chu Kang yang juga menempatkan beberapa kedai di kolongnya akan dikosongkan pada 29 November tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk, pekerja kecewa dengan pelan pemerolehan tanah bagi Laluan Daerah Jurong

Sebuah tempat letak kenderaan bertingkat HDB di Blok 303 Choa Chu Kang Avenue 4 yang juga menempatkan beberapa kedai di kolongnya akan dikosongkan pada 29 November tahun depan. (Gambar: KOH MUI FONG/TODAY)

Diterbitkan : 10 May 2018 01:12PM Dikemas Kini : 10 May 2018 01:16PM

SINGAPURA: Sebuah tempat letak kenderaan bertingkat HDB di Blok 303 Choa Chu Kang Avenue 4 yang juga menempatkan beberapa kedai di kolongnya akan dikosongkan pada 29 November tahun depan selepas Pemerintah mengumumkan semalam (9 Mei) bahawa ia akan memperoleh tapak blok tersebut untuk membina Laluan Daerah Jurong.

Cik Chan Yoke Yin sudah bekerja di sebuah kedai roti di kolong blok berkenaan selama 10 tahun. 

Beliau yang berusia 55 tahun pasrah tidak akan lagi bekerja di kedai roti itu dalam masa setahun setengah.

Beliau juga belum pasti lagi tentang rancangan masa depannya dan turut menambah bahawa ia bergantung kepada keputusan majikannya.

Bukan sahaja kakitangan yang bekerja di lapan kedai yang terletak di Blok 303 akan terjejas selepas Pemerintah memperoleh tanah tersebut. Para penduduk berdekatan yang sering mengunjungi kedai-kedai itu juga akan mempunyai kurang pilihan.

Encik Alex Chua, 21 tahun, yang bekerja di sebuah kedai menjual perkakas di kolong blok berkenaan berkata warga emas sering mengunjungi gerai makanan yang dikendalikan NTUC terletak hanya dua unit dari tempat kerjanya.

Selain penutupan kedai-kedai di kolong blok, para penduduk juga kehilangan tempat letak kenderaan bertingkat di atas kedai-kedai berkenaan.

Penguasa Pengangkutan Awam dan Penguasa Darat Singapura menyatakan dalam kenyataan bersama bahawa tempat letak kereta baru akan dibina di kawasan berkenaan tetapi lokasinya belum ditentukan lagi.

Sementara itu, tempat letak kenderaan sementara akan ditempatkan di kawasan pusat pertukaran bas Choa Chu Kang.

Blok 303 merupakan satu-satunya tapak tanah yang diperoleh Pemerintah sepenuhnya. Lagi 19 bahagian tapak tanah dan empat ruang udara akan diperoleh sebahagiannya dan tidak menjejaskan sebarang bangunan yang sedia ada. 

Sumber : CNA/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan