Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk Marine Parade sertai simulasi serangan pengganas

Para penduduk Marine Parade mengalami simulasi serangan pengganas pagi tadi (26 Nov) sebagai sebahagian daripada pergerakan kebangsaan SGSecure, untuk mempersiapkan rakyat tempatan menghadapi ancaman pengganas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2017 07:02PM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 12:01AM

SINGAPURA: Para penduduk Marine Parade mengalami simulasi serangan pengganas pagi tadi (26 Nov) sebagai sebahagian daripada pergerakan kebangsaan SGSecure, untuk mempersiapkan rakyat tempatan menghadapi ancaman pengganas.

Adegan wujudnya seorang lelaki bersenjata dan serangan bom, diadakan untuk mendidik orang ramai mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku serangan pengganas.

Gerai pameran juga diadakan untuk mengajar kemahiran bantuan kecemasan.

Dalam ucapannya Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong menyeru para penduduk agar berwaspada.

Mereka juga digesa supaya melaporkan orang-orang yang menunjukkan tanda-tanda tingkah laku radikal kepada pihak berkuasa dengan segera. 

Sumber : CNA/NU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan