Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk luah rasa masih yakin terhadap kerja-kerja AP WP

Parti Pekerja menjalankan rutin biasanya semasa satu acara mendekati masyarakat hari ini (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2019 07:38PM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 12:07AM

SINGAPURA: Parti Pekerja menjalankan rutin biasanya semasa satu acara mendekati masyarakat hari ini (12 Okt).

Ini selang sehari setelah Mahkamah Tinggi mendapati tiga Anggota Parlimen GRC Aljunied Encik Pritam Singh, Cik Sylvia Lim dan Encik Low Thia Khiang bertanggungjawab ke atas kerugian yang dialami oleh Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Lebih 150 penduduk menghadiri sesi minum teh yang merupakan acara masyarakat bulanan GRC Aljunied.

Semasa sesi itu, ramai penduduk lanjut usia menyuarakan keprihatinan mereka tentang kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan di estet perumahan Bedok Reservoir.

Namun, ada segelintir penduduk yang tidak mengetahui tentang penghakiman bertulis mahkamah pada Jumaat (11 Okt).

Para penduduk yang sudah lama menetap di estet kejiranan itu berkata mereka yakin dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh Parti Pekerja (WP).

Anggota Parlimen GRC Aljunied Pritam Singh memberitahu CNA bahawa WP sedang menyemak keputusan mahkamah itu dan mendapatkan nasihat daripada para peguam mereka. Beliau juga tiada lagi ulasan lanjut berhubung kes tersebut.

Kes mahkamah itu melibatkan pembayaran tidak sah jutaan dolar kepada ejen pengurusan AHTC antara 2011 hingga 2015.

Pada ketika ini, para penganalisis berpendapat bahawa tidak mungkin penghakiman bertulis mahkamah itu akan menjejas kedudukan ketiga-tiga AP GRC Aljunied itu.

Mereka mempunyai masa sebulan untuk memfailkan notis rayuan.

Jika tidak, perbicaraan akan memasuki fasa kedua di mana mahkamah akan menilai jumlah ganti rugi yang perlu dibayar balik.  

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan