Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk kawasan Ang Mo Kio punya pilihan bagi Program Peningkatan Rumah

Tidak lama lagi, flat-flat di kawasan Ang Mo Kio akan dinaik taraf sebagai sebahagian daripada Program Peningkatan Rumah (HIP).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Nov 2017 08:05PM Dikemas Kini : 25 Nov 2017 09:31PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, flat-flat di kawasan Ang Mo Kio akan dinaik taraf sebagai sebahagian daripada Program Peningkatan Rumah (HIP).

Bagi kebanyakan penduduk, peningkatan itu sudah lama dinantikan dan penduduk Ang Mo Kio kelihatan mengundi bagi HIP.

Jika lebih 75% penduduk bersetuju, mereka boleh menjangkakan kerja-kerja peningkatan seperti membaiki keretakan struktur, meningkatkan keupayaan jalur elektrik dan memasang rak-rak jemuran di dalam rumah.

Para penduduk juga boleh memilih untuk menaik taraf rumah mereka yang dibina sekitar tahun 1970an dengan tandas, pintu dan pintu pagar yang baru.

Bagi warga senja pula, terdapat ciri-ciri mesra warga tua seperti lantai yang tidak licin di dalam tandas, pemegang serta tanjakan dari flat ke pintu masuk utama.

Ini sangat dialu-alukan ramai memandangkan Ang Mo Kio mempunyai paling ramai penduduk tua di Singapura.

Peningkatan-peningkatan tersebut yang berharga $13,000 setiap unit, dibiaya sepenuhnya oleh pemerintah.

Manakala peningkatan tambahan sejumlah besarnya akan dibiaya pemerintah.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Anggota Parlimen kawasan undi tersebut menggalakkan para penduduknya supaya memilih program tersebut.

"Kita akan selesaikan projek ini dan kita semua boleh meraih manfaat daripada HIP. Jadi saya harap sokong projek ini. Harap sokong, undi dan mahu projek ini. Jadi kita boleh jalankannya dan semua penduduk-penduduk boleh raih manfaat," kata PM Lee.

HIP diperkenalkan pada 2007 bagi flat-flat yang dibina sehingga 1986 dan belum menjalani Program Naik Taraf Utama yang berakhir pada 2012 selepas 20 tahun.  

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan