Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penduduk diajar cara selamat berbasikal, guna alat PMD

Sekitar 3,000 orang sudah menyertai Program Mengayuh dengan Selamat yang disemak semula sejak dilancarkan pada Februari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2018 09:31PM Dikemas Kini : 20 May 2018 12:30AM

SINGAPURA: Sekitar 3,000 orang sudah menyertai Program Mengayuh dengan Selamat yang disemak semula sejak dilancarkan pada Februari ini.

Demikian menurut Pengerusi Panel Penasihat Pergerakan Aktif, Dr Faishal Ibrahim.

Di merata negara hari ini (19 Mei), pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan keselamatan para pengayuh basikal dan pengguna alat pegerakan peribadi.

Sebilangan penduduk di Nee Soon misalnya, diajar cara mengayuh dengan selamat dalam beberapa situasi, seperti di lalu lintas pejalan kaki dan tempat perhentian bas di mana mereka juga diajar kod tatalaku ketika mengayuh.

Turut hadir - para ahli Panel Penasihat Pergerakan Aktif yang meneliti penggunaan selamat bagi laluan-laluan pejalan kaki, berbasikal dan yang dikongsi.
Menurut Dr Faishal, yang juga AP GRC Nee Soon, pihak berkuasa sudahpun melipat gandakan usaha dalam meningkatkan kesedaran rakyat tentang peraturan dan kod tatalaku bagi menggunakan alat-alat pergerakan peribadi.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam aspek penggunaan alat-alat mobiliti aktif ini supaya kita boleh membangunkan tabiat yang selamat dan juga budaya selalu memikirkan keselamatan pengguna-pengguna yang lain termasuk keselamatan diri kita sendiri," kata Dr Faishal. 

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan