Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penderma kulit S’pura naik sepanjang 3 tahun ini

Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Singapura menyaksikan kenaikan pada pendermaan kulit bagi mereka yang memerlukan graf kulit menyusuli kelecuran teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Penderma kulit S’pura naik sepanjang 3 tahun ini

Gambar fail sebuah hospital di Singapura.

Diterbitkan : 10 Dec 2017 02:54PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 01:33AM

SINGAPURA: Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Singapura menyaksikan kenaikan pada pendermaan kulit bagi mereka yang memerlukan graf kulit menyusuli kelecuran teruk.

Ini petanda yang menggalakkan memandangkan sebelum ini Singapura harus mendapatkan bantuan daripada bank tisu di luar negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Canada kerana kekurangan penderma kulit tempatan.

Para doktor berkata bahawa salah satu sebabnya adalah had usia untuk menderma kulit dinaikkan dari 75 kepada 90 tahun pada 2014.

Oleh itu, jumlah penderma tahun lalu naik lebih tiga kali ganda berbanding 2014.

Pada 2014, jumlah penerima adalah 17 tetapi hanya terdapat 6 penderma.

Namun, pada 2016, jumlah penerima adalah 8 orang tetapi jumlah penderma adalah sebanyak 20 orang.

Selain itu, kenaikan tersebut juga disebabkan lebih banyak kesedaran awam tentang Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Penyelidikan) yang membantu mengurangkan stigma pendermaan organ ataupun bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Setiap tahun, pusat kelecuran di Hospital Besar Singapura (SGH) merawat sekitar 200 pesakit – 10 peratus daripadanya mengalami kelecuran yang parah.

Kebanyakan daripada kecederaan kelecuran yang dialami disebabkan kemalangan perindustrian dan kemalangan domestik seperti kanak-kanak melecur terkena air panas di rumah.

Tanpa pemindahan kulit, sebahagian besar daripada pesakit yang mengalami kelecuran boleh mengalami jangkitan teruk yang boleh menyebabkan kematian.

Dr Chong Si Jack, seorang penasihat di jabatan Pembedahan Plastik, Pembentukan Semula dan Estetik di SGH berkata: “Bank kulit menjalani satu rombakan organisasi dan kami bersama-sama bank injap jantung iaitu kelompok bank urat, bernaung di bawah program pemindahan tisu SingHealth.

Ini membolehkan penggabungan dan penyatuan sumber-sumber. Dengan bertambahnya jumlah penyeleras bersama dan kaunselor, kami mampu membantu lebih banyak pesakit dan keluarga.”.

“Singapura tidak perlu lagi membeli kulit daripada bank kulit lain untuk menampung keperluan kami. Malah, kami mempunyai simpanan yang mencukupi sekiranya berlaku bencana,” tambahnya.

Mujur, pengalaman Singapura dalam mengembangkan bank kulitnya menarik perhatian negara lain seperti Bangladesh.

“Kami juga idamkan bank kulit yang baik di institut baru kami. Sokongan teknikal daripada SingHealth pastinya dapat memanfaatkan institut itu. Sekiranya kami mendapat bantuan teknikal dan nasihat SingHealth, kami dapat memperbaiki bank kulit kami sendiri bagi peringkat awalnya,” kata Dr Samantha Lal Sen, ketua penyelaras bersama bagi kesemua unit kelecuran di Bangladesh.

Kerjasama tersebut salah satu peruntukan di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani April tahun ini antara Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh dengan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan Singapura, SingHealth. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan