Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendekatan menyeluruh perlu bagi banteras penyakit kencing manis

Usaha membanteras penyakit kencing manis mengambil masa yang panjang tetapi boleh mencapai kejayaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2018 10:30PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 01:07AM

SINGAPURA: Usaha membanteras penyakit kencing manis mengambil masa yang panjang tetapi boleh mencapai kejayaan.

Demikian kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong kepada pihak media selepas berakhirnya Persidangan Peringkat Menteri mengenai Penyakit Kencing Manis yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Persidangan itu dihadiri lebih 300 wakil dari 18 negara.

Sejak Singapura mengisytiharkan perang terhadap penyakit kencing manis pada 2016, usaha melawannya kian diperhebat. Tumpuan diberikan kepada aspek pencegahan dan pengesanan awal penyakit melalui pemeriksaan.

Encik Gan berkata meskipun beliau yakin Singapura berada di landasan yang betul untuk mengatasi penyakit itu, hasilnya tidak akan dapat dilihat pada tempoh yang singkat.

"Kami perlu mengambil pendekatan pelbagai sektor, tidak hanya Kementerian Kesihatan dan pemerintah. Sektor swasta dan orang ramai perlu juga dilibatkan. Ada juga cadangan usaha sejagat dijalankan," kata Encik Gan.

PANGKALAN DATA, CUKAI

Menteri Kesihatan Brunei, misalnya, menyarankan pelbagai negara bekerjasama melalui sebuah daftar bersama.

"Kami boleh bincang dengan lanjut tentang bagaimana kami boleh membangunkan sebuah pangkalan data penyakit kencing manis dan juga NCD yang lain lalu melihat bagaimana kami dapat memperkayakan pengetahuan profil pesakit yang akan memudahkan kajian terhadap punca dan rawatan serta pencegahan penyakit sebegitu," tambah Encik Gan.

Satu lagi perkara yang turut dibincangkan adalah tentang mengenakan cukai terhadap minuman manis.

Encik Gan berkata isu cukai ini perlu diteliti dengan lebih mendalam dan dapatan dari negara-negara seperti Britain menunjukkan objektif utama untuk mengenakan cukai bukanlah untuk menghasilkan pendapatan tetapi mempengaruhi pilihan pelanggan. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan