Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendapatan penggiat seni menjunam 50% hingga 75% akibat COVID-19

Para penggiat seni tempatan merupakan antara golongan yang nampaknya teruk terjejas dengan krisis virus COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para penggiat seni tempatan merupakan antara golongan yang nampaknya teruk terjejas dengan krisis virus COVID-19, dengan ada yang menyatakan pendapatan mereka menjunam sekitar 50 peratus hingga 75 peratus.

Sejak Singapura menaikkan tahap amaran Keadaan Sistem Respons Penularan Penyakit (DORSCON) kepada Jingga pada 7 Februari lalu, semua sekolah menggantung perhimpunan waktu pagi demi mencegah sebarang penularan penyakit.

Ini juga bermakna, tempahan kegiatan termasuk persembahan seni atau drama untuk para pelajar di sekolah-sekolah, juga dibatalkan atau ditunda.

Antara yang terjejas termasuklah pelakon seperti Encik Saiful Amri Ahmad Elahi yang mana tiga projeknya untuk sekolah rendah dan menengah terpaksa dibatalkan atau ditunda pada bulan ini.

Malah, ada di kalangan rakan seperjuangannya menerima nasib lebih perit lagi menurut Encik Saiful, apabila 12 persembahan yang sudah dijadual dan ditempah sejak Disember lalu, dibatalkan pihak sekolah.

"Banyak pelakon kita terlibat dalam persembahan waktu perhimpunan pagi dibatalkan. Pendapatan mereka disetengahkan atau disukukan kerana pembatalan persembahan-persembahan. Mereka berasa risau kerana mata pencarian mereka terjejas," ujar beliau.

SYARIKAT SENI TURUT TERJEJAS

Syarikat teater mapan seperti Teater Kami Limited turut merasakan kesannya apabila sebanyak enam program yang dijadual untuk brelangsung pada bulan ini dan hadapan juga terjejas.

Misalnya, pementasan berjudul Tepuk Amai-Amai Belalang Kupu-Kupu untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah terpaksa ditunda serta merta setelah amaran DORSCON berubah Jingga.

"Apabila saya dapat tahu berita ini, paginya sendiri dalam pukul 8 pagi saja cikgu-cikgu sudah mula mesej saya, hubungi saya untuk membatalkan tempahan mereka. Jadi apabila sudah ditunda, bermakna kosnya lebih yang perlu kita tanggung. Jadi benda-benda ini semua perlu kita ambil kira dan ini satu cabaran bagi kami," kata Pengurus Teater Kami Limited Cik Dalifah Shahril.

Teater Kami enggan menyatakan berapa kerugian yang dialaminya namun berharap akan ada bantuan untuk kumpulan seni seperti mereka daripada pemerintah ataupun pihak-pihak tertentu.

Contohnya dalam bentuk pampasan atau geran ekoran proses pembatalan atau setidak-tidaknya, persembahan yang sudah dipersetujui setakat ditunda sahaja, bukan dibatalkan sama sekali demi meringankan beban yang mereka harungi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan