Images
  • hdb (1)
    Flat-flat HDB di Singapura. 

Pendapatan keluarga S'pura pada 2018 naik

SINGAPURA: Rakyat Singapura menikmati pendapatan lebih tinggi pada 2018, sedang ketidaksamarataan pendapatan di negara ini pula berada di paras terendah dalam tempoh 10 tahun, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini (13 Feb).

Bagi keluarga yang terdiri daripada seorang rakyat Singapura atau penduduk tetap di mana sekurang-kurangnya seorang anggota bekerja, pendapatan bulanan median pada tahun lalu naik 3 peratus secara nominal, iaitu dari S$9,023 pada 2017 kepada S$9,293.

Mengambil kira inflasi, laporan Jabatan Perangkaan Singapura menunjukkan kenaikan 2.6 peratus secara sebenar.

Selepas mengambil kira jumlah anggota keluarga, pendapatan median bulanan setiap anggota naik 3.4 peratus secara sebenar, atau 3 peratus secara sebenar, kepada S$2,792 pada 2018.

Laporan tahunan itu juga menyatakan bahawa semua keluarga menikmati pertumbuhan sebenar dalam purata pendapatan kerja bagi setiap anggota pada 2018.


(Gambar: Singstat)

70 peratus keluarga menikmati kenaikan pendapatan sebenar antara 2.5 peratus hingga 3.4 peratus. Lagi 20 peratus keluarga dengan pendapatan lebih tinggi berbanding kelompok itu pula menikmati pertumbuhan sebenar 4 peratus, menurut laporan.

10 peratus keluarga dengan pendapatan paling tinggi mencatat kenaikan 2.3 peratus.

KETIDAKSAMARATAAN PENDAPATAN STABIL

Koefisien Gini Singapura pada 2018 adalah 0.458. Koefisien Gini adalah antara 0 hingga 1, dengan 0 menunjukkan ketidaksamarataan pendapatan paling tinggi.

Ini merupakan paras terendah dalam tempoh 10 tahun. Koefisien Gini pada 2017 dan 2016 masing-masing adalah 0.459 dan 0.458.

Selepas mengambil kira bantuan dan cukai Pemerintah, koefisien Gini pada 2018 jatuh kepada 0.404.

Keluarga yang menetap di flat satu bilik dan dua bilik HDB, secara purata menerima S$10,347 bagi setiap anggota keluarga - bantuan seganda lebih tinggi berbanding keluarga yang menetap dalam jenis rumah lain.

Keluarga tempatan, termasuk mereka yang terdiri daripada anggota yang menganggur, menerima S$4,494 setiap seorang secara purata, daripada pelbagai skim Pemerintah tahun lalu.  

- CNA/AQ/aq

Top