Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendakwah Muslim, Yusuf Estes dilarang masuk S’pura

Singapura melarang seorang pendakwah Muslim warga Amerika Syarikat, Yusuf Estes, daripada memasuki negara ini, demikian disahkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri semalam (1 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwah Muslim, Yusuf Estes dilarang masuk S’pura

Gambar fail Yusuf Estes. (Gambar: Wikimedia Commons/Manuel25)

Diterbitkan : 02 Dec 2017 08:52AM Dikemas Kini : 02 Dec 2017 09:49AM

SINGAPURA: Singapura melarang seorang pendakwah Muslim warga Amerika Syarikat, Yusuf Estes, daripada memasuki negara ini, demikian disahkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri semalam (1 Dis).

Pendakwah tersebut dilarang masuk pada 24 November lalu dan Mediacorp difahamkan bahawa beliau tidak dibenarkan masuk di Lapangan Terbang Changi.

Ini selepas dua pendakwah asing, Ismail Menk dan Haslin Baharim, dilarang memasuki Singapura pada Oktober lalu.

Mereka diminta menyampaikan ceramah di atas sebuah kapal pesiaran yang berlepas dan berlabuh di Singapura dari 25 November hingga 29 November.

Penganjur kapal persiaran itu juga turut “mendapatkan pendapat” untuk mengambil Yusuf Estes sebagai penceramah, menurut MHA.

Namun, Yusuf Estes menyuarakan pendapat-pendapat yang “bertentangan dengan nilai masyarakat berbilang kaum dan agama”, demikian dinyatakan MHA.

Ia menukil contoh pandangan Yusuf Estes, termasuk sebuah video pada Mac 2012 di mana beliau berkata bahawa ia “bukan sebahagian daripada Islam untuk menyambut cuti orang lain” dan ia tidak terkandung dalam kepercayaan orang Muslim untuk mengucapkan “Merry Christmas” kepada penganut Kristian dan “Happy Hanukkah” kepada orang Yahudi.

Kementerian itu juga menarik perhatian kepada satu artikel yang diterbitkan dalam laman web Yusuf Estes pada 2016 yang mempersoalkan alasan agama di sebalik sambutan Krismas.

“Artikel tersebut mendakwa bahawa Krismas merupakan ‘sambutan Solstice (mengikut kedudukan matahari) dan ia sudahpun disambut beratus-ratus tahun sebelum Jesus,” menurut MHA.

“Orang Muslim dinasihati untuk tidak ‘menyambut sesuatu yang tidak patut dilakukan penganut Kristian sendiri’."

Yusuf Estes juga membuat beberapa lagi dakwaan tentang kepalsuan agama lain, tambah MHA, serta menyuarakan “pandangan yang tidak toleran terhadap orang bukan Muslim”.

“Seperti contoh, beliau berkata bahawa dalam sebuah perkahwinan antara seorang Muslim dengan isteri yang bukan Muslim, isteri tersebut akan menjadi ‘Syaitan’ kepadanya dan akan memperalatkan anak mereka untuk menentangnya."

Pemerintah “tidak akan membenarkan pendakwah agama dari mana-mana agama untuk memburuk-burukkan agama lain dan menyebarkan kebencian di kalangan masyarakat berbilang agama,” menurut kementerian itu lagi.

Ia juga memberi contoh permohonan dua pendakwah Kristian untuk berceramah di Singapura yang ditolak pemerintah “kerana membuat komen-komen yang menyinggung perasaan dan boleh mendatangkan kemarahan terhadap agama lain seperti Islam dan Buddha”.

Pandangan yang boleh memecahbelahkan itu “memupuk sikap tidak bertoleransi dan amalan-amalan yang eksklusif” yang akan “merosakkan perpaduan sosial dan menyebabkan masyarakat untuk berpecah belah”, tambahnya.

“Ia tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama.”  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan