Images
  • ns
    Gambar fail para rekrut NS. (Gambar: TODAY)

Pendaftaran Perkhidmatan Negara bermula 22 Mei

SINGAPURA: Rakyat dan penduduk tetap lelaki Singapura yang dilahirkan antara 2 Januari dengan 31 Mac 2002 perlu mendaftar bagi Perkhidmatan Negara antara 22 Mei dengan 11 Jun tahun ini.

Mereka boleh melakukan pendaftaran secara online di laman http://www.ns.sg atau di podium Pangkalan Tenaga Manusia Pusat (CMPB) di 3 Depot Road, menurut Kementerian Pertahanan dalam kenyataan medianya hari ini (16 Mei).

Semasa pendaftaran, mereka perlu memilih tarikh antara 22 Julai dengan 21 Ogos tahun ini untuk pemeriksaan perubatan. Pemeriksaan tersebut akan dijalankan di CMPB pada tarikh yang dipilih antara 8.00 pagi dengan 1.00 tengah hari.

Mereka yang merancang untuk menangguhkan Perkhidmatan Negara untuk menamatkan pengajian mereka di Singapura boleh berbuat demikian secara online atau peribadi. Jika permohonan diluluskan, individu yang berdaftar akan diberikan notis mengenai tarikh untuk melaporkan diri bagi memulakan Perkhidmatan Negara, menurut kementerian tersebut.  

- CNA/SM/sm

Top