Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran online tadika MOE bagi 2021 dibuka 7 Feb

Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka dalam tadika Kementerian Pendidikan (MOE) bagi tahun 2021 secara online dari pukul 9.00 pagi pada 7 Feb.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran online tadika MOE bagi 2021 dibuka 7 Feb

(Gambar: MOE)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 11:29AM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 11:32AM

SINGAPURA: Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka dalam tadika Kementerian Pendidikan (MOE) bagi tahun 2021 secara online dari pukul 9.00 pagi pada 7 Feb.

Demikian menurut menteri pendidikan dalam satu kenyataan media pada Selasa (14 Jan).

Pendaftaran dibuka selama lima hari sehingga 11 Feb.

Sebanyak 36 tadika MOE akan mengambil bahagian dalam latihan itu, tambah MOE.
Pendaftaran dibuka kepada rakyat Singapura dan penduduk tetap yang dilahirkan antara Jan 2, 2016 hingga Jan 1, 2017.

Ibu bapa boleh membuat pendaftaran menerusi laman tadika MOE.

Mereka akan dimaklumkan mengenai keputusan pendaftaran tersebut menjelang Mar 31.

Terletak dalam sekolah rendah tadika-tadika MOE itu menawarkan khidmat tadika dan jgaan seharian penuh kepada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun, serta pendidikan prasekolah yang "bermutu dan yuran dalam kemampuan" rakyat Singapura, menurut kementerian itu lagi.

Acara rumah terbuka bagi tadika-tadika terseburt akan diadakan pada 1 Feb dan 8 Feb.

Maklumat lanjut mengenai latihan pendaftaran dan rumah terbuka boleh didapati di laman MOE.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan