Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran online bagi tadika MOE bermula tahun ini

Proses pendaftaran bagi tadika-tadika yang dikendalikan Kementerian Pendidikan (MOE) atau MK boleh dilakukan secara online. Kementerian itu mengumumkan demikian dalam satu kenyataan media hari ini (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran online bagi tadika MOE bermula tahun ini

(Gambar: Laman MOE)

Diterbitkan : 15 Jan 2019 02:28PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 04:12PM

SINGAPURA: Proses pendaftaran bagi tadika-tadika yang dikendalikan Kementerian Pendidikan (MOE) atau MK boleh dilakukan secara online. Kementerian itu mengumumkan demikian dalam satu kenyataan media hari ini (15 Jan).

Langkah berkenaan akan dilaksanakan bagi Latihan Pendaftaran MK 2019 akan datang. Ia akan menggantikan proses pendaftaran yang sebelum ini dilakukan di tadika-tadika sendiri.

Dengan ini, para ibu bapa boleh mendaftarkan anak-anak mereka menerusi laman MK, dan tidak lagi perlu ke tadika pilihan untuk mengisi borang pendaftaran dan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan, menurut kementerian itu lagi.

Proses pendaftaran online tersebut akan dibuka dari pukul 9.00 pagi pada 8 Febuari sehingga pukul 4.00 petang pada 11 Februari. Keputusannya akan didedahkan pada 10 April, menurut MOE.

Sebanyak 29 MK akan menyertai sesi pendaftaran tahun ini bagi kemasukan K1 pada 2020. Pendaftaran itu akan dibuka kepada kanak-kanak rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang dilahirkan antara 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016. 

PERUBAHAN PADA RANGKA KERJA KEMASUKAN

MOE menyatakan bahawa kriteria keutamaan yang diberikan kepada adik beradik sudah diperluaskan untuk merangkumi adik beradik yang menjadi pelajar sekolah rendah di mana tadika tersebut ditempatkan.

Bagi memastikan MK terus dapat diakses oleh kanak-kanak daripada golongan keluarga berpendapatan rendah, MOE menyatakan ia akan menukar kepada Susunan Keutamaan bagi proses pendaftaran.

Tadika-tadika MOE akan menganjurkan rumah terbuka pada 26 Januari dan 9 Februari.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan