Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencuri bersiri pakaian dalam wanita mengaku langgar peraturan COVID-19

Seorang pencuri bersiri pakaian dalam wanita didapati keluar rumah dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk cuba mencuri pakaian-pakaian dalam tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencuri bersiri pakaian dalam wanita mengaku langgar peraturan COVID-19

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 18 May 2020 04:07PM Dikemas Kini : 18 May 2020 04:11PM

SINGAPURA: Seorang pencuri bersiri pakaian dalam wanita didapati keluar rumah dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk cuba mencuri pakaian-pakaian dalam tersebut.

Mahkamah dimaklumkan tentang perkara tersebut pada Isnin (18 Mei).

Dia juga ditemui dengan lebih 100 pakaian dalam wanita di rumahnya, dengan sebahagiannya dicuri antara April 2018 dengan April 2020.

Dia turut meninggalkan rumahnya tanpa berpelitup semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan itu.

Lee Chee Kin, 39, mengaku bersalah atas 10 tuduhan mencuri, menceroboh, mengakses bahan komputer tanpa kebenaran dan melanggar peraturan COVID-19.

Lagi 14 tuduhan akan dipertimbangkan bagi hukumannya.

Mahkamah diberitahu Lee memilih pakaian dalam tersebut "berdasarkan penampilannya", memanjat pintu pagar belakang dan memasuki kawasan mencuci pakaian untuk mengambilnya sebelum memanjat keluar semula.

"Tertuduh menggunakan pakaian dalam wanita yang dicuri itu bagi kepuasan seksualnya sendiri," kata Timbalan Pendakwa Raya Kwang Jia Min.

Dia memasuki rumah-rumah mangsa sekurang-kurangnya 30 kali, untuk mencuri pakaian dalam wanita.

Dia ditangkap pada 12 Julai tahun lalu dan lebih 100 pakaian dalam wanita dijumpai di rumahnya. Beberapa barangan yang dicuri tidak dapat ditemui.

Mangsa-mangsa tidak mahu barangan mereka dipulangkan kepada mereka, kata pendakwa.

Nilai barang curian tertinggi adalah sebanyak $1,000 dari laman belakang sebuah unit yang dipanjat masuk sebanyak empat kali antara Februari dengan Mac 2019.

Beberapa barangan tersebut kemudian ditemui di rumah Lee semasa serbuan polis.

Bagi jenayah pencerobohan, Lee boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$500, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Atas sebab melanggar peraturan COVID-19, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan