Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penceramah SOTA, penggiat seni visual tampil tawarkan diri calon NMP

Masyarakat seni di Singapura menampilkan dua calon Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dalam satu mesyuarat terbuka hari ini (24 Jun) sedang wakil sekarang ini, Encik Kok Heng Leun bersiap sedia untuk melepaskan jawatan tersebut menjelang akhir penggalnya September ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Penceramah SOTA, penggiat seni visual tampil tawarkan diri calon NMP

Cik Felicia Low dan Encik Woon Tien Wei. (Gambar: Arts NMP secreteriat)

Diterbitkan : 24 Jun 2018 10:44PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 10:47PM

SINGAPURA: Masyarakat seni di Singapura menampilkan dua calon Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dalam satu mesyuarat terbuka hari ini (24 Jun) sedang wakil sekarang ini, Encik Kok Heng Leun bersiap sedia untuk melepaskan jawatan tersebut menjelang akhir penggalnya September ini.

Cik Felicia Low, pensyarah di jabatan Sastera dan Sains Sosial Sekolah Seni Singapura (SOTA) yang juga pengarah pengasas pertubuhan bukan meraih keuntungan Pembangunan Kebudayaan Masyarakat (Singapura) merupakan salah seorang yang menawar dirinya untuk dipertimbangkan.

Calon yang lain adalah Encik Woon Tien Wei, seorang penggiat seni visual yang mengasaskan Post-Museum yang disifatkan sebagai "ruang kebudayaan dan sosial bebas di Singapura yang bertujuan untuk menggalak dan menyokong masyarakat berfikir dan proaktif".

Cik Low berkongsi bahawa salah satu sebab utama dalam membuat keputusannya untuk menawarkan diri sebagai calon adalah hasratnya untuk memastikan pelajar seni yang dididiknya sekarang ini boleh mencari nafkah hidup menerusi karya mereka.

Sementara itu, Encik Woon pula menyifatkan dirinya sebagai seorang "penyibuk" dan mempunyai sifat empati terhadap pelbagai golongan masyarakat. Ia dapat dilihat daripada kerja-kerjanya memperjuangkan isu-isu warisan dan pemuliharaan seperti tanah perkuburan Bukit Brown dan pasar lambak Sungei Road.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan