Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

‘Pencarian intensif' lembu jantan terlepas di Lim Chu Kang dihentikan

Pihak berkuasa menghentikan pencarian bagi seekor lembu jantan yang terlepas daripada sebuah ladang tenusu di Lim Chu Kang selepas "pencarian intensif" selama dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
‘Pencarian intensif' lembu jantan terlepas di Lim Chu Kang dihentikan

Kandang lembu di Viknesh Dairy Farm (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Apr 2019 10:26AM Dikemas Kini : 13 Apr 2019 10:30AM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menghentikan pencarian bagi seekor lembu jantan yang terlepas daripada sebuah ladang tenusu di Lim Chu Kang selepas "pencarian intensif" selama dua hari.

Pihak berkuasa dimaklumkan pada Selasa apabila lembu jantan, yang diberi nama Ganesha, hilang dari kandangnya di Viknesh Dairy Farm.

Agensi Makanan Singapura (SFA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan para pekerja ladang itu sudah mencari haiwan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Namun pencarian oleh SFA dan NParks kini dihentikan dan haiwan berkenaan masih belum ditemui.

"SFA dan NParks melakukan pencarian intensif selama dua hari," menurut kenyataan SFA di Facebook pada Jumaat (12 Apr).

"Kami mencarinya di sekitar premis Viknesh Dairy Farm dan ladang-ladang berdekatan serta kawasan hutan berdekatan," tambahnya.

Menurut SFA lagi, pihaknya meminta pengurusan dan pekerja ladang di kawasan itu supaya membuat aduan jika mereka ternampak haiwan tersebut, namun "sejauh ini belum ada ladang yang menemuinya".

“SFA dan NParks sudah menghentikan pencarian. Namun, Viknesh Dairy Farm dikehendaki meneruskan pencarian itu,” menurut agensi tersebut.

Orang ramai dinasihati supaya menjauhi haiwan itu dan melaporkannya kepada Pusat Respons Haiwan di talian 1800-476-1600.

Pada Rabu, pemilik Viknesh Dairy Farm, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Manikandan, memberitahu Mediacorp anak lembu jantan berusia dua tahun itu masih berada di dalam ladangnya.

Ladang seluas tujuh ekar itu kini mempunyai 36 ekor lembu.

"Ia tidak terlepas; terlepas maksudnya keluar (ke) jalan raya, ke Jalan Besar, ke tempat-tempat lain," tegas Encik Manikandan ketika itu. "Ia tidak keluar, ia masih di dalam ladang kami."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan