Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencalonan dibuka untuk Anugerah Guru Arif Budiman 2019

Pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang awam diundang untuk mencalonkan guru-guru Bahasa Melayu yang cemerlang untuk Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencalonan dibuka untuk Anugerah Guru Arif Budiman 2019

Pencalonan dibuka untuk Anugerah Guru Arif Budiman 2019. (Gambar fail: Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid)

SINGAPURA: Pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang awam diundang untuk mencalonkan guru-guru Bahasa Melayu yang cemerlang untuk Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB).

Pencalonan dibuka hari ini (25 Feb) hingga 11 April 2019.

Demikian menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (25 Feb).

Anugerah tahunan itu mengiktiraf guru-guru Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan prauniversiti yang memberi sumbangan besar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Sejak dianjurkan pada tahun 2007, AGAB sudah memberi penghargaan kepada 55 guru Bahasa Melayu daripada sekolah rendah, menengah dan prauniversiti.

Sejumlah empat anugerah akan disampaikan dalam dua kategori:
i. Sekolah Rendah;
ii. Sekolah Menengah dan Prauniversiti

Para calon akan dinilai berdasarkan keupayaan mereka meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar mereka.

Mereka juga harus menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam mencapai kecemerlangan terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, di dalam dan luar bilik darjah.

Selain bakti profesional mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran, aspek lain yang akan juga dipertimbangkan termasuk sikap keprihatinan mereka terhadap kebajikan dan keperluan pelajar, di samping mencerminkan nilai-nilai 'Arif' dan 'Budiman' melalui khidmat cemerlang dan teladan sebagai seorang pendidik.

Borang pencalonan rasmi akan disebarkan melalui semua sekolah di Singapura dan juga boleh dimuat turun dari lelaman berikut:

  • www.mbms.sg
  • www.mllpc.sg

Pencalonan juga boleh dilakukan melalui platform dalam talian di https://tinyurl.com/AGAB-2019.

Senarai calon AGAB 2019 akan diumumkan pada bulan November.

AGAB 2019 dianjurkan bersama oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan