Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencalonan Anugerah Guru Arif Budiman 2021 dibuka

Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2021 dibuka pada Isnin (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencalonan Anugerah Guru Arif Budiman 2021 dibuka

Pencalonan dibuka untuk Anugerah Guru Arif Budiman 2019. (Gambar fail: Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid)

SINGAPURA: Pencalonan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) 2021 dibuka pada Isnin (22 Feb).

Para pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang ramai dipelawa untuk mencalonkan guru-guru Bahasa Melayu yang cemerlang bagi Anugerah Arif Budiman 2021.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah, maktab rendah dan Institut Milennia yang membuat sumbangan besar kepada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Seramai 64 guru Bahasa Melayu sekolah rendah, menengah dan pra-universiti diberi pengiktirafan AGAB sejak ia dimulakan pada 2007.

Sebanyak empat anugerah akan diberikan di bawah kategori (i) sekolah rendah dan (ii) sekolah menengah serta pra-universiti.

Para calon akan dipilih berdasarkan kebolehan mereka untuk menerapkan pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap pembelajaran Bahasa Melayu, kesusasteraan dan budaya dalam dan di luar bilik darjah serta keprihatinan terhadap keperluan dan kebajikan para pelajar.

Para calon juga harus mempunyai nilai-nilai Arif Budiman, iaitu seorang individu terpelajar yang menyumbang kepada masyarakat menerusi dedikasi, komitmen dan khidmat cemerlang sebagai seorang pendidik Singapura.

Borang pencalonan rasmi akan dibahagikan kepada semua sekolah di Singapura dan juga boleh dimuat turun dari lelaman berikut:

Pencalonan juga boleh dibuat melalui platform online di https://go.gov.sg/agab2021. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 April 2021.

Para penerima AGAB 2021 akan diumumkan pada bulan November tahun ini.

AGAB 2021 dianjurkan bersama oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura, Persatuan Guru Bahasa Melayu, Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan