Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pencalonan Anugerah Guru Arif Budiman 2018 dibuka hari ini

Anda mengenali seorang guru Bahasa Melayu yang berbakti dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu? Ini peluang anda untuk mencalonkan guru-guru cemerlang untuk Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencalonan Anugerah Guru Arif Budiman 2018 dibuka hari ini

PM Lee bersama para penerima Anugerah Arif Budmian 2016. (Gambar: MCI/ Fyrol)

SINGAPURA: Anda mengenali seorang guru Bahasa Melayu yang berbakti dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu? Ini peluang anda untuk mencalonkan guru-guru cemerlang untuk Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB).

Pencalonan bagi AGAB dibuka hari ini (10 Feb) dan pelajar, ibu bapa dan orang ramai dipelawa untuk mencalonkan guru-guru yang mencerminkan nilai-nilai Arif Budiman.

Demikian menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini.

Anugerah tahunan itu bertujuan untuk mengiktiraf guru-guru Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab rendah. Ini merupakan tahun ke-12 anugerah ini disampaikan sejak ia diperkenalkan pada 2007.

Menurut MOE, para calon akan dinilai berdasarkan keupayaan mereka meningkatkan pengetahuan, kemahiran selain memupuk minat terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar mereka.

Para calon juga harus menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam mencapai kecemerlangan bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, di mana usaha di dalam dan luar bilik darjah akan dipertimbangkan.

Antara aspek lain yang akan dinilai termasuk sikap keprihatinan mereka terhadap keperluan dan kebajikan pelajar.

Keseluruhannya empat anugerah akan disampaikan dalam dua kategori:
i. Sekolah Rendah dan;
ii. Sekolah Menengah dan Maktab Rendah

Borang pencalonan rasmi akan disebarkan melalui semua sekolah di Singapura.

Borang-borang pencalonan juga boleh dimuat turun dari:
• www.mbms.sg
• www.mllpc.sg
• www.beritaharian.sg

Pencalonan juga boleh dilakukan melalui platform dalam talian di http://www.tinyurl.com/AGAB-2018.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MOE_MLLPC_Secretariat [at] moe.gov.sg.

Pencalonan akan ditutup pada 26 April 2018, manakala penerima AGAB akan diumumkan pada bulan November 2018. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan