Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penanda mutu "SG Clean" diberikan kepada pusat penjaja yang jaga kebersihan

Pusat-pusat penjaja digalak meningkatkan tahap kebersihan. Penanda mutu "SG Clean" akan diberikan kepada pusat-pusat penjaja yang memenuhi piawai yang ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2020 06:03PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 08:52PM

SINGAPURA: Pusat-pusat penjaja digalak meningkatkan tahap kebersihan.

Penanda mutu "SG Clean" akan diberikan kepada pusat-pusat penjaja yang memenuhi piawai yang ditetapkan.

Kempen kebersihan awam tersebut dilancarkan di pusat penjaja Hab Tampines Kita (OTH) hari ini (16 Feb).

Usaha tersebut bertujuan menggalak orang ramai dan pemilik perniagaan supaya meningkatkan tahap kebersihan masing-masing menyusuli penularan COVID-19.

Kempen Singapura Bersih akan dilaksanakan di semua pusat penjaja.

Tahap kebersihan gerai-gerai makanan serta pengendali pusat penjaja akan dinilai dari masa ke masa.

Kerja membersihkan tandas pusat penjaja, ruang awam dan tempat yang sering disentuh orang ramai sudah dipertingkat ekoran penularan COVID-19.

"Kami berharap ini bukan sesuatu yang kita lakukan hanya apabila ada krisis. Kita perlu meningkatkan kesedaran tentang perlunya amalan kebersihan peribadi yang baik dan mengekalkannya selepas episod COVID-19.

"Jika kita dapat melakukannya dan mengekalkan tahap kebersihan diri dan bangunan, saya yakin penularan penyakit dapat dibendung, tidak kira apa jenis virus yang ada pada masa hadapan," kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan