Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penanda jalan 3D untuk kurangkan kelajuan pemandu diuji

Penanda jalan baru tiga dimensi (3D) yang bertujuan menggalak pemandu memperlahankan kenderaan mereka, akan dicuba di Zon Perak sepanjang Whampoa Drive menjelang hujung Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 05:08PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 09:48PM

SINGAPURA: Penanda jalan baru tiga dimensi (3D) yang bertujuan menggalak pemandu memperlahankan kenderaan mereka, akan dicuba di Zon Perak sepanjang Whampoa Drive menjelang hujung Disember.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu (5 Dis), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan penanda jalan itu, yang diadaptasi dari Jepun, bertujuan menggalak pemandu mengurangkan kelajuan kerana lorong jalan akan kelihatan lebih sempit.

"Ujian akan membolehkan LTA menilai keberkesanan penanda jalan itu," menurut kenyataan tersebut.

Zon Perak adalah kawasan khas dalam zon perumahan yang mempunyai ramai penduduk warga emas dan sering berlaku kemalangan melibatkan golongan tersebut.

Kadar kemalangan dalam Zon Perak dapat dikurangkan hampir 75 peratus, dari purata 14 kes setahun kepada 4 kes setahun dalam 15 Zon Perak yang diselesaikan.

10 lagi Zon Perak akan diwujudkan dalam usaha berterusan bagi mengurangkan kemalangan yang melibatkan warga tua.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan