Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penampilan sulung Presiden Halimah Yacob dalam Beriani Amal Cabaran Presiden, harap dapat kumpul $50,000

Air tangan Presiden Halimah Yacob mewarnai acara Beriani Amal Cabaran Presiden tahun ini, penampilan sulung beliau sebagai tetamu terhormat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Air tangan Presiden Halimah Yacob mewarnai acara Beriani Amal Cabaran Presiden tahun ini, penampilan sulung beliau sebagai tetamu terhormat.

Anda boleh menyumbang kepada usaha murni itu dengan membeli kupon $10 bermula 1 hari bulan depan.
Ditemui di acara tersebut, Presiden Halimah menekankan masyarakat Singapura boleh menyumbang dengan lebih banyak lagi kepada golongan yang memerlukan, sekiranya setiap anggota masyarakat mewujudkan semangat sukarela dan bantu-membantu.

Presiden Halimah Yacob menghadiri acara Briyani Amal Cabaran Presiden di Masjid Khalid. (Gambar-gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

AIR TANGAN PRESIDEN HALIMAH MASAK NASI BERIANI

Suasana kelihatan begitu meriah di Masjid Khalid pagi tadi (21 Jul) sebaik sahaja Presiden Halimah Yacob tiba, diiringi Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Profesor Madya Faishal Ibrahim.

Ketibaan beliau turut disambut mesra oleh 40 pengerusi masjid selain para penderma dari pelbagai kaum dan agama.

Acara Beriani Amal Cabaran Presiden tahun ini merupakan kali pertama Presiden Halimah 'turun padang' bagi menyiapkan nasi beriani itu dengan air tangannya sendiri!

Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengorek rahsia resipi beriani lazat Masjid Khalid yang popular itu.

KEPERLUAN DAPAT DIPENUHI SEKIRANYA MASYARAKAT SATU HATI

Dianjurkan buat tahun ke-19 usaha anjuran MUIS itu menghimpunkan masjid-masjid di Singapura untuk mengumpul derma bagi Cabaran Presiden menerusi penjualan nasi beriani amal.

Tahun ini, 5,000 kupon dijual dengan sasaran mengumpul $50,000.
"Ini adalah sejenis ibadah iaitu mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan dan ini dilakukan oleh Masjid Khalid dengan memasak beriani namun juga semua masjid-masjid di Singapura mengambil bahagian untuk mengumpul dana.

"Saya lihat semua anggota-anggota Muslim dan bukan Islam mereka juga sama-sama menyumbang kepada dana ini, kita dapat lihat masyarakat kita dalam apa bentuk sahaja, kita dapat bersatu hati, kita dapat memenuhi keperluan semua dalam masyarakat," tekan Puan Halimah.

MASJID INGIN TERUS BERI SOKONGAN KUMPUL DANA

20 golongan kurang memerlukan dari Persatuan Ain dan Persatuan Moral Thye Hua Kwan turut diundang untuk sama-sama menjamu selera bersama penderma korporat, pertubuhan dan kumpulan agama.

"Kegiatan semangat gotong royong ini harap dijalan lebih ramai tempat jadi masyarakat muda dapat tahu dan dapat bekerjasama dan mereka akan satu hari mengendalikan perkara ini dan masjid-masjid di Singapura," kongsi Encik Alla'udin Mohamed, Pengerusi bagi Masjid Khalid.

Sejak dimulakan pada tahun 2000, Beriani Amal Cabaran Presiden ini sudah berjaya mengumpulkan lebih daripada $2 juta bagi golongan memerlukan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan