Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin S'pura ucap tahniah kepada India sempena Hari Republik ke-69

Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan ucapan tahniah sempena Hari Republik ke-69 India dengan menulis kepada rakan sejawatan mereka di India. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar semalam (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin S'pura ucap tahniah kepada India sempena Hari Republik ke-69

Bangunan parlimen di India. (Gambar: Prakash Singh/ AFP)

Diterbitkan : 26 Jan 2018 10:18AM Dikemas Kini : 26 Jan 2018 10:23AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan ucapan tahniah sempena Hari Republik ke-69 India dengan menulis kepada rakan sejawatan mereka di India. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar semalam (25 Jan).

26 Januari merupakan tarikh Perlembagaan India mula berkuat kuasa dan ia sekaligus menandakan selesainya peralihan India sebagai sebuah negara merdeka.

Dalam surat kepada Presiden Ram Nath Kovind, Puan Halimah mengatakan bahawa beliau "yakin hubungan erat antara Singapura dengan India akan terus berkembang pada tahun-tahun mendatang".

PM Lee pula mengatakan dalam suratnya kepada Perdana Menteri India Narendra Modi bahawa sambutan tahun ini khususnya lebih bermakna kerana para pemimpin ASEAN juga diundang untuk menghadiri Perbarisan Hari Republik ke-69 India.

Surat ucap taniah daripada Puan Halimah dan Encik Lee dilampirkan di bawah.

SURAT PRESIDEN HALIMAH

17 Januari 2018

Tuan Ram Nath Kovind
Presiden
Republik India

Tuan,

Bagi pihak rakyat Singapura, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda dan rakyat India sempena Hari Republik ke-69 India.

Singapura dan India menjalin persahabatan yang erat dalam hubungan sejarah yang kukuh, ekonomi dan sesama rakyat. Saya yakin hubungan erat antara Singapura dengan India akan terus berkembang pada tahun-tahun mendatang.

Saya harap Tuan akan terus diberi kesihatan dan kejayaan.

Yang ikhlas,
HALIMAH YACOB

SURAT PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG

17 Januari 2018
Tuan Perdana Menteri
Republik India

Kepada Perdana Menteri Modi,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan dan pemerintah India sempena Hari Republik yang ke-69.

Sambutan tahun ini khususnya lebih bermakna kerana pemimpin ASEAN diundang untuk menghadiri Perbarisan Hari Republik. Banyak yang perlu diraikan sempena ulang tahun ke-25 hubungan kerjasama ASEAN dengan India. Sidang Puncak Peringatan ASEAN-India merupakan satu peluang untuk kami melihat kembali pencapaian kami dan menegaskan lagi komitmen untuk mengukuhkan iltizam kami terhadap hubungan kerjasama India dengan ASEAN.

Hubungan Singapura-India kekal teguh dan pelbagai. Kerjasama dalam bidang ekonomi kukuh dan kami sedang bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk dalam pembangunan kemahiran dan Bandar-Bandar Bijak. Saya yakin hubungan dua hala ini akan terus menjadi kukuh pada tahun-tahun mendatang.

Saya tidak sabar untuk menyertai pemimpin ASEAN yang lain di New Dehli bagi Sidang Puncak dan untuk menghadiri Perbarisan Hari Republik anda, selain mengalu-alukan kehadiran anda di Singapura tidak lama lagi.

Yang ikhlas,
LEE HSIEN LOONG 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan