Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin muda berucap tentang cabaran, harapan untuk S'pura apabila Parlimen sidang semula

Para menteri yang lebih muda dan pemegang jawatan politik akan berkongsi pandangan mereka tentang cabaran jangka panjang Singapura serta harapan mereka bagi negara ini sebaik sahaja parlimen bersidang semula pada Mei nanti, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung hari ini (3 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin muda berucap tentang cabaran, harapan untuk S'pura apabila Parlimen sidang semula

Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Encik Ong Ye Kung.

Diterbitkan : 03 Apr 2018 11:48PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 11:51PM

SINGAPURA: Para menteri yang lebih muda dan pemegang jawatan politik akan berkongsi pandangan mereka tentang cabaran jangka panjang Singapura serta harapan mereka bagi negara ini sebaik sahaja parlimen bersidang semula pada Mei nanti, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung hari ini (3 Apr).

Parlimen direhatkan hari ini (3 Apr), menandakan pertengahan penggal Pemerintah, dan bermulanya sesi baru pada 7 Mei.

Ia akan dimulakan dengan ucapan Presiden Halimah Yacob, yang akan "menyemak semula kemajuan Pemerintah sepanjang separuh penggal pertamanya dan menggariskan keutamaan negara dalam separuh penggal selanjutnya," kata Encik Ong, yang juga Menteri Kedua Pertahanan, sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Semasa Dewan bersidang mengenai usul bagi mengucapkan terima kasih kepada ucapan Presiden Halimah, beberapa pemegang jawatan politik lebih muda akan menyampaikan ucapan masing-masing, kata Encik Ong.

Mereka akan "berkongsi tentang apa yang mereka lihat sebagai cabaran jangka panjang, harapan mereka dan impian mereka untuk Singapura, dan bagaimana kami boleh bekerjasama dengan rakyat Singapura untuk membawa kemajuan kepada negara ini," tambah Encik Ong.

Semasa Parlimen direhatkan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau akan merombak kembali kabinet, bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada para menteri generasi keempat.

Encik Ong, salah seorang daripada menteri itu dan dianggap berpotensi menjadi calon Perdana Menteri, di samping Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing.

Perdana Menteri Lee juga berkata beliau sudah menyuruh para menteri generasi keempat untuk membuat draf agenda Pemerintah bagi Ucapan Presiden ketika parlimen bersidang semula.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan