Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin AS hargai usaha S’pura jadi tuan rumah sidang Trump-Kim

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo meraikan Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan, dalam satu jamuan tengah hari di Washington DC.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin AS hargai usaha S’pura jadi tuan rumah sidang Trump-Kim

Dr Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Encik Mike Pompeo di Jabatan Negara. (Gambar: MFA)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 10:54AM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 10:57AM

SINGAPURA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo meraikan Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan, dalam satu jamuan tengah hari di Washington DC.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan yang erat dan kukuh antara Amerika Syarikat dengan Singapura.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (6 Jun), Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan bahawa para pegawai Amerika Syarikat juga melahirkan penghargaan kepada Singapura kerana menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, pada minggu depan.

“Kedua-dua mereka melahirkan penghargaan kepada Singapura kerana menjadi tuan rumah kepada Sidang bersejarah antara Presiden Donald Trump dengan Pengerusi Suruhanjaya Ehwal Negara Republik Rakyat Demokratik Korea Kim Jong Un di Singapura minggu depan,” menurut kenyataan itu.

“Menteri Balakrishnan mengalu-alukan lawatan Presiden Trump dan Pengerusi Kim ke Singapura dan berharap agar Sidang yang bakal diadakan itu akan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Semenanjung Korea.”  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan