Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik rangkaian restoran "hotpot" Haidilao terkaya di S'pura

Pemilik rangkaian restoran "hotpot" Haidilao dinamakan sebagai orang yang terkaya di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik rangkaian restoran "hotpot" Haidilao terkaya di S'pura

Encik Zhang Yong. (Gambar: Forbes)

Diterbitkan : 29 Aug 2019 06:01PM Dikemas Kini : 29 Aug 2019 06:05PM

SINGAPURA: Pemilik rangkaian restoran "hotpot" Haidilao dinamakan sebagai orang yang terkaya di Singapura.

Menurut majalah Forbes, beliau berada di kedudukan tertinggi dengan nilai aset sebanyak AS$13.8 bilion (S$19.16 bilion), sekaligus mengambil tempat pemilik syarikat pemaju hartanah privet Far East Organization yang sebelum ini menduduki tempat teratas sejak sedekad lalu.

Encik Zhang Yong, yang sebelum ini disenaraikan antara yang terkaya di China kini seorang rakyat dan penduduk Singapura.

Beliau memulakan Haidilao di China pada 1994 dan sejak itu mengembangkan perniagaannya ke luar negara.

Kini terdapat 12 cawangan restorannya di Singapura.

Menduduki tangga kedua ialah adik-beradik Robert dan Philip Ng bagi syarikat pemaju hartanah privet Far East Organization dengan aset yang dimiliki bersama bernilai S$12.1 bilion.

Hartawan Facebook yang juga penduduk Singapura Eduardo Saverin berada di tempat ketiga dengan aset bernilai S$10.6 bilion. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan