Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik kenderaan elektrik kini boleh manfaatkan tempat chas BlueSG

Para pemilik kenderaan elektrik (EV) bermula hari ini (23 Apr) boleh mengecas kenderaan mereka di 99 tempat mengecas BlueSG.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2019 06:05PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 09:05PM

SINGAPURA: Para pemilik kenderaan elektrik (EV) bermula hari ini (23 Apr) boleh mengecas kenderaan mereka di 99 tempat mengecas BlueSG.

Kemudahan itu terletak di 25 lokasi di merata negara, merangkumi kawasan-kawasan HDB, JTC dan hartanah URA.

Syarikat pengendali yang merupakan sebuah anak syarikat konglomerat Perancis, Ballore Group, sekarang ini mempunyai 755 tempat mengecas kenderaan elektrik di merata Singapura.

BlueSG mengumumkan awal dari itu, rancangannya untuk menambah lagi 20 peratus tempat mengecas kenderaan elektrik bagi memudahkan para pemandu menjelang tahun 2020.

Pengendali kereta-sewa elektrik itu mengumumkan langkah tersebut sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menyediakan lebih banyak akses, di samping menggalak lebih banyak pengguna kereta elektrik demi mengurangkan pencemaran udara.

Sekarang ini Singapura mempunyai hampir 700 kenderaan elektrik.

Maka itu penyedia khidmat mengecas yang lain seperti SP Group juga merancang untuk menambah tempat-tempat mengecasnya kepada 1,000 kesemuanya menjelang tahun 2020. 

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan