Images
  • record fine
    Venugopal Sarath Kumar mati selepas jaringan dawai yang seberat 1.5 tan terlepas dari kren hidraulik dan menghempap mangsa. (Gambar: MOM)

Pemilik Hiap Seng Lorry Enterprises didenda jumlah rekod $140,000 atas kemalangan maut

SINGAPURA: Pemilik firma pengangkutan Ong Chin Chong didenda jumlah rekod $140,000 kerana menyebabkan kematian seorang pekerja.

Jumlah itu adalah denda tertinggi pernah dikenakan ke atas seseorang individu di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.

Pekerja tersebut, Venugopal Sarath Kumar, maut selepas jaringan dawai seberat 1.5 tan terlepas dari kren hidraulik dan menghempap mangsa.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendapati Ong, pemilik Hiap Seng Lorry Enterprise, gagal memastikan rantai yang mengikat dawai tersebut berada dalam keadaan baik.

Ini selain gagal melantik seorang penyelia termasuk pemberi isyarat dan melatih pekerjanya bagi operasi-operasi sedemikian.

Ong juga gagal melaksanakan peniliaian risiko dan cuba mengurangkan bahayanya.

Syarikat-syarikat yang mendapatkan khidmat Hiap Seng Lorry Enterprise juga disaman kerana gagal memeriksa sama ada Ong sudah berbuat demikian.

Ini termasuklah penghuni tapak binaan tersebut kerana tidak memastikan pihak luar mengikuti protokol ketika kerja dijalankan.

Unipac Transport Service dan Sunway Concrete Products masing-masing didenda S$60,000 dan S$160,000 atas kemalangan maut itu. 

- CNA/NF/fz

Top