Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemilik bar didakwa gagal pastikan premis ditutup semasa pandemik COVID-19

Kelvin John Ooi Kam Loke didakwa hari ini kerana gagal memastikan premis miliknya ditutup semasa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik bar didakwa gagal pastikan premis ditutup semasa pandemik COVID-19

Para pelanggan meminum arak dan bermain snuker di 72 Mad Monk Bar. (Gambar: STB)

Diterbitkan : 19 Jul 2021 03:48PM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 03:52PM

SINGAPURA: Pemilik sebuah bar didakwa di mahkamah hari ini (19 Jul) kerana gagal memastikan premis-premisnya ditutup kepada pelanggan, sebanyak dua kali pada tahun 2020.

Kelvin John Ooi Kam Loke, 46 tahun, dikenakan dua tuduhan melanggar peraturan COVID-19 dalam bulan Ogos dan November tahun lalu kerana membenarkan pelanggan masuk ke dalam bar miliknya - iaitu 72 Mad Monk di Pusat Beli Belah Concorde di Outram Road.

Di bawah peraturan COVID-19, premis-premis hiburan malam tidak dibenarkan beroperasi. Sebahagian premis sedemikian bagaimanapun dibenarkan "ditukar" kepada operasi makanan dan minuman (F&B).

Pada 18 Oktober 2020, Lembaga Pelancongan Singapura (STVB) mengeluarkan kenyataan media dengan gambar-gambar yang menunjukkan para pelanggan di bar milik Ooi bermain permainan snuker dan meminum arak pada pukul 11.45 malam 9 Oktober 2020. Pada waktu itu STB menyatakan 72 Mad Monk tidak tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi sebagai F&B.

Semasa kesalahan-keslaahan itu dilakukan, premis-premis F&B tidak dibenarkan menyediakan permaian kecuali jika ia memiliki lesen pusat hiburan.

Ooi juga dituduh gagal memastikan bar miliknya itu ditutup pada pukul 12.05 pagi 21 Ogos 2020 dan didakwa membenarkan pelanggan sekali lagi masuk ke premisnya pada pukul 10.33 malam 8 November 2020.

Kesnya akan diperdengarkan lagi pada bulan depan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan