Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah urus penerbangan pulang bagi rakyat S'pura di Mesir

Pemerintah Singapura pada Sabtu (4 Apr) menguruskan penerbangan pulang bagi semua rakyat Singapura yang merancang untuk meninggalkan Mesir.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah urus penerbangan pulang bagi rakyat S'pura di Mesir

Kedutaan Singapura di Kaherah. (Gambar: Singapore Embassy in Cairo/Facebook)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 12:02PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 01:39PM

KAHERAH: Pemerintah Singapura pada Sabtu (4 Apr) menguruskan penerbangan pulang bagi semua rakyat Singapura yang merancang untuk meninggalkan Mesir.

Menurut laman Facebook Kedutaan Singapura di Kaherah semalam, penerbangan khas itu juga merupakan satu-satunya penerbangan pulang yang diuruskan oleh Pemerintah Singapura dan rakyat Singapura yang ingin pulang ke tanah air boleh berbuat demikian melalui penerbangan tersebut.

Buat sementara waktu, penerbangan berkenaan dijadualkan berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kaherah sekitar 10.30 pagi (waktu Kaherah) pada Selasa depan (7 Apr).

Sungguhpun demikian, jadual penerbangannya tertakluk kepada permit dan kelulusan pihak berkuasa Mesir.

Menurut laman Facebook Kedutaan Singapura di Kaherah, tambang penerbangan bagi setiap penumpang adalah S$900 (Kelas Ekonomi) dan S$2,200 bagi tiket Kelas Perniagaan.

Penumpang rakyat Singapura mesti membuat pembayaran sebelum tempat duduk mereka dapat disahkan. Bayaran harus dilakukan melalui pemindahan dana bank dan butiran lanjut mengenai pembayarannya akan disediakan kepada rakyat Singapura yang menempah tiket secara berasingan.

Rakyat Singapura yang tidak sihat, dengan simptom-simptom seperti demam, batuk, sakit tekak atau selesema, tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi menjaga kesihatan dan keselamatan para anak kapal dan penumpang lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan