Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah terima semua saranan semak sistem keadilan keluarga

Satu platform sehenti untuk menyediakan sokongan kepada pasangan yang merancang untuk bercerai serta prosedur yang lebih mudah dan murah bagi sistem keadilan keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah terima semua saranan semak sistem keadilan keluarga

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 07:07PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 07:32PM

SINGAPURA: Satu platform sehenti untuk menyediakan sokongan kepada pasangan yang merancang untuk bercerai serta prosedur yang lebih mudah dan murah bagi sistem keadilan keluarga.

Itulah antara perubahan-perubahan yang hendak dilaksanakan pemerintah bersama Mahkamah Keadilan Keluarga (FJC) serta rakan-rakan kerjasama lain.

Pemerintah menerima semua saranan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada 2017 untuk meneroka cara-cara bagi mengadakan sistem keadilan keluarga yang lebih berkesan.

Saranan-saranan tersebut diumumkan pada September lalu.

Menurut pemerintah, berdasarkan maklum balas yang diterimanya, terdapat sokongan meluas terhadap kebanyakan saranan itu.

Saranan-saranan tersebut meliputi lebih banyak sokongan kepada pasangan sebelum bercerai seperti khidmat nasihat dan pengantaraan.

Terdapat juga saranan-saranan untuk mempertingkatkan sistem keadilan, termasuk menggalakkan pematuhan kepada perintah akses kepada anak-anak dan pensijilan bagi peguam keluarga.

Bagi mereka yang tidak mempunyai keupayaan mental serta penjaga mereka, saranannya termasuk untuk memberi lebih banyak perlindungan kepada mereka.

Ini termasuk menjadikannya lebih mudah dan murah bagi si penjaga mendapatkan kuasa di bawah undang-undang. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan