Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah terima saranan perkukuh pelan keselamatan di tempat kerja

Pemerintah Singapura pada Khamis (30 Ogos) menerima saranan-saranan yang dikemukakan oleh Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah terima saranan perkukuh pelan keselamatan di tempat kerja

Para pekerja asing di Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 30 Aug 2018 07:44PM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 07:48PM

SINGAPURA: Pemerintah Singapura pada Khamis (30 Ogos) menerima saranan-saranan yang dikemukakan oleh Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Kementerian Tenaga Manusia (MOM), bagi menentukan hala tuju Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) untuk 10 tahun akan datang di Singapura.

Kelima-lima saranan IAP itu diusulkan setelah panel tersebut meneliti draf pelan WSH2028 semasa mesyuarat selama tiga hari di Persidangan WSH.

Menurut panel itu, ia menyokong pelan yang disarankan untuk menyemak semula dan memperluaskan senarai 40 jenis penyakit disebabkan oleh pekerjaan, termasuk pekerjaan yang boleh mengakibatkan barah, yang boleh membantu para pekerja yang terjejas untuk menerima pampasan yang sewajarnya.

Saranan-saranan itu turut merangkumi dan menangani tekanan dan isu psikososial yang berkaitan dengan isu-isu dalam pelan muktamad.

Panel tersebut juga menyokong pelan yang disarankan oleh Jawatankuasa Strategi Tiga Pihak untuk melakar satu kod amalan yang menggariskan tugas WSH bagi lembaga pengarah syarikat dan ini penting bagi memastikan syarikat-syarikat dipertanggungjawabkan sewajarnya.

Ia menambah bahawa kod tersebut boleh dihasilkan dengan kerjasama masyarakat perniagaan untuk memupuk daya kepimpinan WSH.

IAP juga menyarankan agar syarikat-syarikat memupuk budaya pencegahan, kepercayaan dan keprihatinan. Ini boleh dilakukan dengan memastikan syarikat-syarikat menjalankan siasatan mereka sendiri berhubung isu-isu yang mungkin mereka terlepas pandang kerana ia membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan prosedur mereka.

Saranan yang terakhir adalah untuk menjelaskan tanggungjawab WSH kepada mereka yang bekerja sendiri. Menurut panel itu, pelan tersebut harus mengambil kira potensi peningkatan diri bagi mereka yang bekerja sendiri di Singapura dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan