Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah terima saranan Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan

Pemerintah hari ini (20 Sep) menyatakan bahawa ia menerima secara prinsip saranan-saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online Disengajakan bagi menangani isu demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah terima saranan Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan

Anggota-anggota Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 20 Sep 2018 08:10PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 08:14PM

SINGAPURA: Pemerintah hari ini (20 Sep) menyatakan bahawa ia menerima secara prinsip saranan-saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan bagi menangani isu demikian.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Pemerintah memuji Jawatankuasa itu atas laporannya yang menyeluruh dan yang dipertimbangkan dengan baik.

Pemerintah akur dengan dapatan Jawatankuasa itu bahawa ancaman berita palsu adalah risiko nyata dan ia boleh menimbulkan cabaran-cabaran serius terhadap masyarakat antarabangsa.

Ini termasuk bagaimana kepalsuan online boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Selain itu, ia juga boleh menjejas perpaduan sosial, menimbulkan ketidaktenteraman dan keganasan serta mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

Jawatankuasa itu juga menekankan bahawa Singapura tidak terkecuali daripada ancaman-ancaman tersebut.

Oleh itu, Pemerintah menerima secara prinsip saranan-saranan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa itu bagi mewujudkan respons pelbagai cara dalam menangani cabaran-cabaran dan risiko-risiko yang mungkin timbul akibat kepalsuan online disengajakan.

Menurut kenyataan itu, Pemerintah akan mengkaji laporan Jawatankuasa Pilihan dengan teliti dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk memperkenalkan langkah-langkah menerusi perundangan atau sebaliknya, sebagaimana disarankan oleh Jawatankuasa berkenaan dalam beberapa bulan akan datang.

Langkah-langkah tersebut bertujuan memupuk masyarakat yang berpengetahuan berdasarkan fakta, memperkukuh perpaduan sosial dan saling percaya, menggalak sikap memeriksa fakta, menghentikan kepalsuan online dan menangani ancaman-ancaman terhadap keselamatan negara dan kedaulatan negara. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan